Sakit Mata

Jumaat lepas saya dapat MC sebab tetiba sakit mata. Saya amik peluang cuti tue untuk setelkan banyak personal matters. Tapi Ya Tuhan kenapalah sangat banyak dugaan yang Tuhan kasi nih. Memang 2008 nih tahun dramatik ah. Takde pun bulan yang takde kisah dramatik. So nielah kisah Jumaat lepas.

Masa tue hari ke-2 period. Period pain lagi. Tumpang Ruby ke Celcom Centre sebab nak register broadband. Tapi tumpang time pegi jelah. Balik kene naik teksi sebab banyak tempat lagi nak pegi and Ruby kene balik ofis keje.

So, masa nak apply Celcom Broadband tue, officer tue cakap nama saya ada blacklist dalam akaun Maxis and kene setelkan yang tue dulu baru boleh register. Pelik gak sebab last time pakai Maxis was 3 years ago and saye dah terminate akaun tue dengan sopannya. Takde pun apa2 notis cakap ada baki tertunggak.


Pejabat Agama Islam

Tertekan takleh register lagi, saya amik teksi ke Pejabat Agama Islam Miri dulu sebab nak amik borang HIV untuk kahwin. Masa pegi kursus kawen dulu diorang cakap, if nak buat test HIV kat Miri kene amik borang kat Miri jugak. Tapi time tue tengah lunch hour.


Maxis Centre

So, amiklah teksi lain plak pegi Maxis centre plak untuk bayar and mintak issue release letter. Ha'a memang ada baki tertunggak RM75. So take note yer everyone. Sekarang nie, apa2 application pun diorang akan check kita akan ada record tak dengan Maxis. Nak apply kad kredit ke, loan ke, fixed line ke, streamyx ke, etc... So, if sesape penah guna postpaid Maxis, you'd better check 1st ada hutang ke tak.


Celcom Centre

So, pegi Celcom balik and berjaya register. Tapi malang sungguh, sepanjang pemergian saya ke Maxis Centre tadi ada ramai yang register Celcom Broadband and modem dah habis. Kene tunggu next week stok dari KL. So, saya bayar RM297 untuk bawak balik sekeping resit dan sekeping simcard yang takleh digunakan lagi. Saya dahlah sangat desperate nak pakai internet cepat. Kambing sungguh!


HIV Test

Lepas tue, pegi Pejabat Islam semula dengan teksi. Pegilah mintak borang HIV tue. Guess what, borang tue tak wujud pun kat Miri nie sebab HIV test bukan requirement untuk kawen di sini. Iskkkk!!! Marahnya saya. Dahlah tengah period pain, gi Celcom sampai 2 kali pulang dengan tangan kosong, nie pegi Pejabat Islam 2 kali pun pulang dengan tangan kosong jugak. Haiihh..

Officer tue cakap, test boleh buat kat Hospital Kerajaan kat Miri tapi form kene amik kat semenanjung. Sebbaik saya memang dah ada sekeping borang yang saya dah amik sesiap kat Besut before datang sini.


Money Flow Out

Lepas tue amik teksi balik rumah. Total tambang teksi haritu adalah RM70. Total expenses haritu sahaja dah almost RM500. Pengumuman, saya dah habiskan almost RM6 ribu hanya dengan sebulan berada di Miri. Saya sangat pening kepala. Makin nak dekat kawen makin banyak habis duit. Waaarrghhhhh!!!!! Hmmm... so silalah baca conclusion di entry berikutnya....

0 comments:

Blog contents © Stories of Heart 2010. Blogger Theme by NymFont.