Offshore Training + Shoulder Injury

Ok, macam yang saye bitau Isnin-Rabu lepas ade safety training untuk dapatkan passport pegi offshore. Malam before training saya pegi mengurut untuk kuatkan tangan sket. Lepas bekam, sakit bahu tu dah kurang banyak tapi tangan still rasa lemah and takleh angkat tinggi2.

Ofismate nama Fahim yang kenalkan tukang urut tue. Saya drive sendiri pinjam kete orang. Kete auto maa... 2nd time bawak kete auto. 1st time kete Lily. Tue pun dari Rahmath ke Halida jek and dengan adenye Zak di sebelah. Memula kaget gak ah, dahla malam and rabun malam, sorang2, tak reti bawak kete auto, tak kenal jalan and tangan tengah sakit lak tue. Pastu as expected, saya sesat ntah ke mana2. Sian Fahim terpaksa tinggalkan anak bini cari saya yang sesat and bawak ke jalan yang betul. Haha!

Lepas ngurut tangan agak better ah. Orang tu cakap angin dah banyak masuk kat tempat yang seliuh tue, tue yang jadi sakit. So, the 1st 2 days in the training program was a success. Ada 3 perempuan jek termasuk saya, tapi saya sorang jer yang bertudung. 2 lagi tue dari Halliburton. Yang kelakar, kebanyakan lelaki dalam team kami tue adalah dari catering company yang akan jadi crew kat offshore. Chief cook pun ade kat situ.

Kami ladies bertiga nie menonjol gila kat situ. 1st task yang masuk rumah api tue kami dipanggil ke depan and diumumkan 3 orang terbaik yang buat dengan cara paling betul. Apa2 aktiviti pun kami yang akan buat dulu and akan dapat pujian berbanding lelaki2 yang lain. Haha! Dengan tukang masak pandai jek saya berlagak. Sekali diorang buat pertandingan masakan sah2 saya mati kutu depan diorang. Haha!

So berjaya menghabiskan safety training selama 2 hari. Hari kedua tetibe dapat serius injury. Masa helikopter tu tengah berpusing dalam air, tangan saya yang tengah pegang tingkap helikopter tue turut berpusing kat area bahu. Twisted gitu. Sakit amat.

Tetibe lak, pakcik kat seat sebelah tak pegang kuat2 tingkap and then terguling2 hempap badan saya. Makin sakit bahu saya tapi tak mampu nak menjerit sebab dalam mulut ada alat breathing system tue. Saya berjaya keluar tingkap helikopter tue. Sampai2 kat water surface jek saya bukak alat breathing system tue and menjerit kesakitan. Pastu ade sorang trainer cepat2 berenang ke arah saya and tarik saya ke tepi. Tapi dia tarik tangan kanan saya yang tengah injured tu okay!! Saya menjerit sekali lagi. Rasa cam bahu saya dah dipusingkan 360 degree.

Lepas tue, trainer tak izinkan saya habiskan training untuk hari ke-3 sebab masa hari ke-3 akan pakai tangan lagi banyak. Dia suruh saya pergi klinik panel keluarkan surat excuse. Saya dah merayu cakap nak habiskan. Saya boleh tahan sakit, tapi diorang tak kasi. So pergi lah klinik. Doktor examined cakap saya kene rotator cuff injury and may take months to heal. Cane nak main untuk Borneo Games middle June nanti. Sedihnyer.... Sob sob.. So now, I'm back in the office with a rotten arm. Adduuuhhh.....


0 comments:

Blog contents © Stories of Heart 2010. Blogger Theme by NymFont.