Minggu Dibuli

Ok, Jumaat lepas kan saya dapat MC. Isnin lak cuti Wesak. So, Selasa baru masuk keje. Sampai2 ofis jek, saya baru tau pagi tu ade meeting dengan SSI and BPD kul 8.30am-4.30pm. Saya bukan setakat kene attend, tapi kene present lagi untuk meeting tue. Bangsat sungguh takde orang bitau.

Bayangkanlah, material untuk present langsung tak buat + taktau pape pasal bende nak present. Kire macam masuk exam hall untuk final exam tanpa study pape ah. Saye dah mintak tolong a few yang lebih tahu untuk tolong present tapi they refused. Agak terkilanlah.

Dipendekkan cerita saya present jek mane yang mampu. Sangat terharu orang SSI dan BPD paham situasi saya sebagai budak yang baru masuk tapi dah terpaksa ganti keje boss. They assisted me a lot. Siap kasi2 semangat lagi. Ade sorang uncle tue siap offer nak ajar saya lagi anything about well services if saya nak tahu. Terharu...

Tue hari Selasa. Hari Rabu saya kene jadi wakil department kat satu program plak. Program tue required personnel with a high knowledge tentang department masing2. Memang silap orang ah hantar saya kan. Saya duduk jek wat bodoh masa orang lain tengah busy2 bincang pasal topik tue.

Tengahari tue plak ada Team Building untuk players Borneo Games nanti. 3 hari berturut2 start kul 2pm-4.30pm. So jadual saya Rabu till Jumaat tue adalah usaha dengan gigih siapkan keje di waktu pagi and then ke Team Building plak. Pastu sambung training badminton plak.

Khamis malam ade orang YPC mintak budak2 baru cam saya jadi usher untuk COC dinner. Imaginelah, 2pm-4pm Team Building, 4pm-6.15pm training. 6.45pm dah kene pegi dinner. Sampai kul 10.30pm. Memang haru ah. Badan penat habis sebab Team Building tue pun 100% aktiviti fizikal.

Ramai yang perasan akan kesibukan saya dengan kerja walaupun saya masih tersangat baru di sini. Pana siap suruh saya tukar department. Ariff cakap department BWE memang dah well known as a department yang sangat banyak keje and banyak stress. Senior staff kat sini seme busy and tak sempat nak ajar saya. So far saya di sini sebagai support staff yang tolong siapkan keje yang berlambak and tak tahu pun kerja tue pasal apa.

Insyaallah, workload takkan jadi masalah pada saya. If saya ada masalah keje pun, it's about the people, not the workload. So, setakat nie my plan is to move forward slowly in this department. Mari membina kekuatan untuk bekerja di BWE (Well Integrity)!!!

0 comments:

Blog contents © Stories of Heart 2010. Blogger Theme by NymFont.