Damn You Badminton!!

Last Friday was a horrible day. Since seme keje yang nak urgent tu dah disiapkan a day before, semalam saya takde keje till 3pm. Boss dah ke KL untuk present keje yng kami buat tue. Nazar lak tak datang keje semalam. Eddie lak pegi meeting. Bosan gile sampai terlelap kat ofis. 1st time sepanjang 3 weeks nie tido dalam ofis.

Eddie balik meeting dalam kul 3pm terus kasi saya keje. Agak banyak and tak sempat siap. Plus mamai baru bangun tidur pergerakan pun jadi slow. If stay back maybe akan siap tapi saya ada training badminton and nak tumpang kereta Pana so terpaksa balik cecepat.

Sampai di KRP, training takde rupe2nye sebab ada match badminton from outsiders, so dewan takleh guna. Siot takde orang bitau. Pana dah start training volleyball till 7.15pm. Syahnaz tak dapat tolong amik saya. Terpaksa mintak tolong Tpot and Zul amik, tue pun 6.30pm baru diorang datang. Thanks to them.

Sejam setengah saya wat bodoh KRP tue. Sangat sakit hati. Pegi tengok TV kat lobby KRP sebab cerita tengah best. Sekali datang budak2 cina tukar rancangan kartun. Waaaa! pegi naik gymnasium, tapi ramai gila orang and 98% lelaki yang sangat seksi and badan berketul2. Saya jenguk kepala jek seme dah tengok semacam sebab saya sorang jek yang tutup aurat kat situ. So turun lobby balik baca paper. Disebabkan bosan, saya keluar ke gate KRP so that takyah nyusahkan Tpot masuk dalam amik saya. Baru 5 minit tunggu kat luar tetibe hujan lak. Kene masuk balik KRP. Waaaa!

Tengah2 tensen tue, adik pulak SMS mintak duit nak buat pos motosikal. Siott, tengah2 tensen gi mintak duit. Banyak lak tue. Call Zak, dia tengah miting. Call Lily lak. Sebbaik dia ada untuk layan kebosanan saya kejap. Sampai umah baru teringat kunci rumah ada dalam kereta Pana. Kuin plak takde kat rumah. And saya takde nombor henfon Effa. Pnat jerit kasi salam, sebbaik Effa dengar and bukakkan pintu.

Saya tersangat mahu menyalahkan training badminton nie. Yer, izinkan saya emo sebentar. Masa dalam kete Tpot, saya membebel horror gaban. Siap cakap takmo pegi Borneo Games lagi. Haha! PMS wey! What to expect la kan. Zul pujuk macam2 dalam kete. Katenye, older staff ramai nak masuk Borneo Games tapi tak dapat, saya nie lak special case, masuk2 SKO jek tak sempat pegi 1st training terus dipilih. Pastu Zul cakap akan dapat gifts yang harga beratus2 ringgit yang dia dah lama ngidam nak beli tapi sayang duit. Macam2 lah dia pujuk. Huhu...

Actually, kesimpulan untuk cerita nie, terasa sangat patah kaki bila takde kereta nie. Susah hidup menumpang orang nie. Saye nie aktif bergerak. Kalau tak, takdenye saya beli kereta pakai duit sendiri masa tengah belajar lagi. And proses nak pos kereta ke sini sangat leceh. Till now tak setel2 lagi. Belum lagi kira duration kereta nak sampai ke sini, yang kata diorang paling awal is 2 weeks. Gosshhh!!! Bencinya hidup takde kereta dan takde Zak nie! Papepon, bertahanlah sebentar wahai hati... Huhu....

0 comments:

Blog contents © Stories of Heart 2010. Blogger Theme by NymFont.