Workload + Batu Api

Setelah seminggu tunggu dapat tasks, arini baru dapat finally. Larissa is leaving for the PIPE program this Friday so I have to take over her job sepanjang kepupusannya selama 3 minggu di SKO nie. Larissa is one of the staff yang tengah stress dengan heavy workload kat sini. Yelah, department nie tak ramai staff, so sorang staff akan pikul workload yang banyak.

Start esok saya dah ada keje nak buat. Keje Larissa. The boss had put me under the operation division, but since Larissa won't be around, saye kene buat keje planning dulu, so akan under new supervisor lak, En. Iskandar.

Petang tadi dalam kul 3.00 Larissa baru start brief saya tentang keje nak buat. I know I should be excited sebab dah lama tunggu keje. Tapi sangat malang sebab fokus saya sangat terganggu tadi. Chat dengan someone via Petronas messenger before tue and news tue sangat mengganggu tumpuan saya till takleh digest bebetul ape yang Larissa ajar tadi. Ini ceritanya:



Ade 3 orang : A, B dan C.
A dan C adalah kawan saya.
C suka B tapi B adalah tunang A.
C sangat berusaha nak dapatkan B.
A dengan B dah dekat sangat nak kawen tapi si C cam sangat berusaha nak gagalkan perkahwinan tue.


A datang mengadu kat saya. Since saya seorang penyokong kuat perkara2 baik seperti kahwin nie, and penentang yang sangat hebat kepada kecurangan dan ketakseriusan dalam hubungan, saya menyokong A dan B.

Dipendekkan cerita, C tahu saya jadi orang tengah hubungan tiga segi diorang. C tuduh saya jadi batu api and macam2 lagi. Saya sedih. If betullah saya batu api, at least pembabitan saya hanya untuk membantu membina masjid sedangkan dia terbabit dalam meruntuhkan masjid orang. Who's the bad batu api here?

Tahniah sebab
A dan B
dah selamat kawen. Tapi saya sedih sebab kes nie telah merosakkan hubungan saya dengan C. Saya pernah menyayangi C. Saya tahu banyak cerita pasal C tapi saya still terima dia sebagai kawan sebab semua manusia ada kelemahan and saya terima kelemahan dia. Tapi disebabkan kes nie, C dah salah paham pada saya.

Susah nak explain. And malas nak explain details sebab kene jaga hati banyak pihak. So silalah salah paham pada saya. Hanya yang tahu akan mengerti. And yang pasti Allah pasti tahu niat saya. Macam biasa, saya tak pernah suka2 berniat nak cari pasal. Maybe it is just my another bad luck. Dahlah. Esok dah kene start serius buat keje. Daaaa~~~


P/S : Moral of the story, jangan jage urusan rumahtangge orang walaupun orang tue datang mintak tolong dengan kita. Hehe... nope lah. Just redha and yakinlah bahawa setiap yang berlaku pasti ada hikmah di sebaliknya...

0 comments:

Blog contents © Stories of Heart 2010. Blogger Theme by NymFont.