Marriage Leave

Hehe.. Cite pasal PIPE tak abih lagi actually. Weekend nie la plak sambung. Haha! Ok, I'm so happy today. Selama seminggu kat SKO nie saya tak diberi apa2 task lagi. Walaupun saya gembira dengan suasana di Miri and working environment kat SKO nie, saya sangat bosan sebab takde keje.

So pagi tadi saya dengan nekadnya pegi masuk bilik boss and meluahkan perasaan. Saye dah start rasa resah gelisah duduk diam2 takde keje. Orang lain seme busy and banyak keje, saye rasa cam useless lak pegi ofis rilek jek hari2. Huhu... Boss sangat caring, on the spot dia call SV saya En. Idham tu suruh masuk bilik dia. Then kami bertiga buat conference dalam bilik boss tue. Basically, En. Idham suruh saya ke offshore dulu baru leh nampak nature keje saya nie. Tapi untuk ke offshore saya kene complete-kan 1 training dulu untuk dapatkan lesen untuk ke offshore tue.

Perkara lain, diorang tanya saya bila nak kawen. Saya cakaplah Ogos. Lega gila bila boss sangat okay. Saya memula tue cam dah risau cane nak apply marriage leave nie. Baru jek masuk dah nak apply cuti. Apply lambat2 kan nanti tak sempat approve lak. Then, boss lak yang up-kan isu nie dulu so sangat lega....

Lepas tue, kul 1.30pm - 2.30pm ada meeting department dengan wakil department BPI tentang result PTS untuk our department. Yesss!! BWE Department antara department yang dapat score tertinggi untuk setiap kriteria.

Lepas tu 2.30pm - 4.15pm sambung meeting withing BWE department lak. Nie meeting informal, more to heart to heart conversation. Fungsi adalah untuk kuatkan bonding sesama staff. And yess, buat pertama kali sepanjang saya kat sini saya dapat rasakan bonding tue dalam jiwa saya. Best jugak department kecik nie, senang nak kenal and cepat mesra. Tadi masa meeting memang penuh dengan hilai ketawa. Boss kitorang memang suke gelak.

Lepas tue tadi dalam meeting pun boss ada announce pasal saya nak kawen bulan 8 nie. Boss cakap, anggaplah kita semua macam 1 keluarga, sharelah pape yang wajar dishare. Huhu.. Sayang boss! Maka, dengan ini saya sangat bersyukur sebab dah takde masalah untuk balik kawen.

Tadi dah makin rapat dengan Gan and Larissa. Kat department nie ada 5 engineer jek, 3 lelaki 2 perempuan - me, Larissa, Gan, Shawn and Zul. 4 dari 5 tue seme x-utpians. Hehe... Zul engineer yang paling senior. Dia sangat tegas, dia duk sebelah workstation saya jek. Selalu dengar dia marah orang. Takooottt!!! Tapi tadi dalam meeting dia paling banyak buat lawak. Huhu...

Lepas tue ada 6 trainee dari UTP. Dengan diorang pun dah rapat dengan bestnyer dah. Hmm... masa meeting memang akan ada refreshment. Tadi antara kuih yang ada ialah kek lapis Sarawak dengan roti pizza. Saya makan 4 keping pizza tadi. Lepas tue siap tapau lagi 3 keping wat balik hotel. Iskkk dasatnyer selera makan....

0 comments:

Blog contents © Stories of Heart 2010. Blogger Theme by NymFont.