Kursus Kahwin =)

Finally, diberi kesempatan pergi ke kursus kahwin setelah beberapa semester try nak pegi yang kat UTP nyer tue tapi selalu ada halangan. Seme tue atas kehendak DIA kan? Aderlah hikmahnya kan and alhamdulillah saya dapatla collect a few hikmah sepanjang kursus nie.

For the record, 14 orang jer yang join kursus kahwin nie. So bila dah small volume tue, bonding sesama penceramah-participant and participant-participant sangat rapat. Ilmu pun absorb masuk straight jer dalam otak and maintain lagi till today. Lokasi kat Pejabat Agama Daerah Ipoh. Tempat kursus pun selesalah, ada aircond, kerusi and meja besar seme.

Walaupun saye rasa kursus kahwin nie sesuai untuk certain golongan jer tapi saya setujulah kursus nie diwajibkan atas seme orang. At least untuk yang dah tahu tue leh refresh balik ilmu2 Allah nie. If takde kursus nie tak mimpi la kot nak bukak balik buku teks agama zaman sekolah dulu.

Masa kursus tue ada sorang boy tue, kesian sangat kat dia. Bila ustaz tanya, dia mengaku jer paling banyak dia solat 2 kali sehari jer, ngaku ringan2 dengan awek, etc. Ustaz lak satu hal, dah ngaku tue makin dia tanya. And boy tue lak lurus jer wat pengakuan. Pastu masa kursus saya selalu usha dia (in a good way okay!) Nampakla sinar2 keinsafan kat wajah dia sepanjang ceramah tue. Dia tak jahat tapi sebab tak cukup ilmu jek. May Allah bless him...

Kandungan kursus lak if yang part ibadah tue dia just repetition untuk subjek Pendidikan Islam yang kita belajar dari darjah 1 to form 5. Pastu part2 cam hubungan kekeluargaan, komunikasi, kewangan, pengurusan, etc seme tue cam banyak common sense ah and saye and Zak dah start practice mende tue dari dulu lagi. Part kewangan best jugak idea dia untuk arrange monthly allowance. Part yang paling penting saya tak pernah tau pape of coz lah prosedur and dokumen2 untuk kawen. So aritu dia ajar seme cara isi borang and isu2 yang berkaitan.

Tapi satu point yang saya kurang jelas. Masa kat kursus tue, seme penceramah cam dah assume kitorang seme dah arif bab "hubungan suami isteri" (please understand) so diorang fokus kat topik2 yang saya sebut di atas tue sedangkan in my case, sangatlah vice versa. Orang lain gelak2 paham "lawak orang kawen" nie, saye termangu sorang2. Kenapa saya tidak merasakan fitrah yang satu ini? Abnormal kah diri ini?

Ask me anything. Nak suruh masak ke, kemas rumah, jahit baju, etc insyaallah saya boleh buat sebab saya dah equip myself dengan mende2 tue slowly sejak dulu but for this one... this is my only fear in marriage. It's not like you can have a trial for this thing before marriage. Sangat cuak, tapi hopefully benarlah kata seorang penasihat agama. Mungkin itu satu cara Allah nak jaga kesucian diri saya. Yelah, saye and Zak dah bersama dah almost 5 years dah. If saya jenis yang gedik ntah2 dah terlanjur ke mana dah kan. Insyaallah lepas kahwin fitrah tue datang sendiri nanti. Amiinn.... (pray hard. haha)

Antara mende lain yang best sepanjang kursus, penceramah kasi tengok banyak video clip yang menyentuh perasaan dan merentap emosi (filem akhirat. haha!) Ada video klip pasal kematian (sedih dowh!) ada pasal beranak (ngilu dowh!) pastu yang kelakar2 pun ada. Sangat suka. Heee....

Hari terakhir ade exam okay. If tak lulus takley dapat sijil. Both me and Zak made a perfect score untuk 60 soalan tue (kitorang duduk jauh2 okay). Soklan objective jer pun and sangat senang dengan syarat leh recall balik subjek zaman sekolah, tak pun konsentret bebetul masa kursus. Sepatut jawab sejam tapi saya siap dalam 15 minit jer.

Btw, dari info yang saya dengar, kursus kahwin lepas nie akan dibuat selama 5 hari sebab ada practical sekali. And fees pun akan naik ke RM300 dari RM80 (Ipoh version). So sesape yang belum amik leh la amik cecepat. It's not about the money, tapi sayang dowh 5 hari tu, leh amik annual leave pegi honeymoon tue. Haha! Tapi seboleh2nya janganlah amik untuk wat syarat dapat sijil jer, amiklah dengan ikhlas and niat untuk dapat ilmu tentang perkahwinan. Insyaallah takkan rasa bosan dan menyesal. Sekian

1 comments:

Jass Nuur Sarah Arina September 27, 2011 at 1:04 AM  

menarik..tq sbb berkongsi cerita :)

Blog contents © Stories of Heart 2010. Blogger Theme by NymFont.