Abang's Kenduri Part 1

Kenduri kahwin belah pihak perempuan selamat berlansung 21 Mac aritu (seminggu selepas nikah) and tinggal majlis sambut menantu jer lagi 28 Mac nie. Di sini saye sangat ingin membebel tentang kerja mekap saye.

Ok, rumah kakak ipar saya kecik jek and ruang untuk mekapkan dia sangat kecik, 3ft x 3ft kot lebih kurang. Fine lagi tue sebab before this pon macam2 jenis dugaan saye hadapi tiap kali pegi mekap (1 of the reason saye rasa sangat penat dengan kerjaya nih) tapi saye sangat menyampah bile ade orang yang purposely distract kerja saya.

1st of all, saya actually tak suke buat keje sambil orang tengok. Tapi sejak jadi mekap artist saye dah improve sebab memang akan ada orang nak tengoknyer. Saya takkan bengang kalo just tengok and dok diam2. Alkisahnya haritu, my auntie yang teringin sangat nak jadi mak andam nie and sorang anak kawan mak saye yang suka mekap2 datanglah follow nak tengok proses mekap.

Kalau tengok je still oklah. Nie ya rabbi tanya macam2 dari start mekap till abih mekap. If saya ada masa 3 jam memang sangat ok nak layan diorang. Tapinya, saya ada less than sejam utk mekap + grooming kakak ipar saya + abang saya. Plus orang lain sangat ramai, 5 minit sekali nak jumpe salam2 dengan pengantin. Cuaca lak panas amat sampai alat mekap saya cair.

Ruang kecik, nak bergerak pun susah + tambah susah dan panas bile ade orang yang tak spatunya ada dlm bilik kecik tue. Saye punyela kejar masa diorang lak sibuk nak tanya macam2. Sangat macam2 till saya sangat terganggu. Walaupun mekap berjaya disiapkan, saya tak puas sebab I didn't do it with a clean mind and heart. So the end.

As expected, kenduri sangat simple. Memula cuaca sangat panas. A few minutes before rombongan belah lelaki beratur untuk berarak, langit tetibe redup. Takde kompang2, just selawat sambil berarak. 1st time berkumandang selawat tue, saya rasa nak menitik air mata. Ntahlah, no explanation, just rasa syahdu sangat. And saya lihat kawan2 parents saye pun camtu. Cam semua sangat terharu dan happy untuk abang saya.

And walaupun majlis sangat simple, saya terasa kemeriahan tue dalam diri saya. So happy for you bro. Dah setel semua, dalam kul 7 pm baru sampai rumah. Malam tue kul 10 pm dah kene naik bas ke Ipoh untuk kursus kahwin. And pagi tadi 25 March saya dah selamat kembali ke Besut... Next agenda : reception abang + packing barang + sain buku cek company byk2 before leaving + buat invois secukup rasa + update filing system seindah bicara! Urgghh dah start merepek. Continue later~~~


0 comments:

Blog contents © Stories of Heart 2010. Blogger Theme by NymFont.