Preparation To Miri Part 2

Owh lupe nak sambung cerita yang pasal HR Petronas call saya masa saya kursus kahwin haritu. Hmm gini, tetiba Isnin tue Kak Mas call saya and suara dia cam desperate and sort of begging me suruh saya pergi PIPE dulu instead of ke Miri 1 April nie. Saya cakap ok jer tanpa tanya sebab. Yelah, taknak lah menampakkan kita nie difficult and fussy person kan.

Ramai jugak yang pelik sebab PIPE nie diorang cakap kene ade staff ID dulu lah and kene go through nomination dululah. Orang yang apply awal pun kadang2 5 bulan baru dapat pegi PIPE and then saya tup tup tak sempat masuk kerja dah kene pegi PIPE. Huhu... Papelah saye redah sahajalah.

Walaupun ramai yang cakap it's better for me to experience working with Petronas first then baru pegi PIPE sebab nanti takde feel tapi saya sebenarnya agak bersyukur kene pergi PIPE dulu. 2 sebab utama adalah:

1) Sempatlah lagi ada masa jumpa2 family. Diorang kan sangat sibuk sampai terpaksa tolak tepi perihal saya mahu ke Miri. My parents pun bila tahu saya akan ada 3 weeks kat semenanung terus cakap Alhamdulillah and terasa super relief.

2) Leh makan gaji buta 3 weeks.Huhu... saya target bila sampai Miri nanti sebelum dapat gaji first saya akan banyak habiskan duit sendiri dulu. Tapi bila bulan pertama terus dapat tajaan tempat tingal and makan minum semua + gaji still on so rasa terlebih legalah.

Tapi 2 keburukan yang paling tak best bagi saya adalah:

1) Lepas PIPE terus kene terbang ke Miri so luggage yang saya nak bawak ke PIPE adalah luggage untuk saya ke Miri jugak. Bapak besar and banyak barang. Sure kene gelak pasni. Huhu...

2) Taktau sape2 and tak sempat arrange nak gi PIPE sesama dengan memana member. I'll be all alone tak kenal sesape nanti.

Tapi takpelah, cam yang saya cakap, redah sahajalah. Huhu... Banyak kelebihan mintak extend keje nih. Rumah sewa housemate dah carikan and dah reserve bilik sesiap. Barang2 yang tak muat beg or tak larat bawak leh pos terus kat diorang dulu. Thanks a lot to Pana and Kuin. Pana lah especially. 5 parcel besar saya pos kat dia nih. Semoga dia tak pengsan angkut semua parcel tue. Huhu...

So, malam nie saya akan naik bas ke Ipoh and esok dari Ipoh saye and Zak akan sesama bergerak ke PERMATA Bangi untuk lapor diri. Haa report duty kerja pun HR main pass semua dokumen kat PERMATA jek. Tiket2 flight seme sekali. Dramatik sungguh. Haha!

So, saya mungkin tidak akan meng-updatekan diri buat waktu yang agak panjang. Maybe I should buy handphone cam Intan supaya boleh update via handphone jek. Ape dah yer term dia. Moblog tak silap. Huhu... So (banyaknye so) insyaallah jika diberikan peluang saya akan update perjalanan hidup saya dengan kehidupan baru saya di Miri nanti. Sekian. Panjang umur murah rezeki jumpa lagi....

Abang's Kenduri Part 2

Kenduri sambut menantu kat rumah saya dah selamat berlangsung 28 Mac yang lalu. Sori lambat update sebab komputer seme dah kene disassambled untuk kosongkan ruang rumah.Kenduri yang 100% gotong royong memang sangat memenatkan. I wish I could have more money untuk hire catering nanti for my event, tapi kat kampung saya nih budaya gotong royong masih terlalu kuat and catering tu cam sangat luar biasa kat sini. Susah tue. Haihh.. huhu...

Kesibukan semua orang menyebabkan pemergian saya ke Miri dah tak termasuk dalam priority langsung, so sayalah yang penat. Kenduri abang saya tolong jugak, persiapan ke Miri pun saya buat sorang2.Banyak gak nak kene setel before ke Miri selain packing. Kene amik ukuran baju untuk akad nikah, kene cari kain, kene amik borang2 nikah, and yang paling penting buat manual untuk orang amik alih tugas saya kat umah nie setelah ketiadaan saya.

Tetamu yang saya rasa paling istimewa buat saya masa kenduri abang saya adalah Irma, salah seorang client mekap saye. Huhu... Tak sangka lak jumpe lagi.Overall, kenduri just so simple and sepatutnya tak penat, tapi sangat penat sebab tak well managed sangat dari segi persiapan sebab semua orang sibuk dengan banyak bende lain selain kenduri nie. Tapi alhamdulillah finally semua dah selesai.

Maka, officially, saya dah quit sebagai freelance makeup artist buat waktu ini. Tengoklah pada mood saya in future camne lak. As for now, cam tengah berkobar nak try commit dengan kerja dengan Petronas nie walaupun majoriti cakap keje kat Petronas membosankan. Huhu... Just wait and see lah kan. Hehe..

Goodbye Ipoh

Lupe nak insert cerita sampingan selain pegi kursus tue. Anyway, siang kami pegi kursus. Malam pegi tengok movie lak. Kurang sopan betul. Haha! Owh, lupe nak bitau, adik saya pun ikut ke Perak and dia bawak sorang lagi kawan haritu. So malam pertama tengok cite Duyung, malam kedua tengok cite Akhirat. Takdelah best sangat tapi okaylah. Saye bukan tengok untuk wat ulasan kat radio pun. Tengok suke2 jer. Huhu..

Pastu since aritu mungkin dah last time saya ke Ipoh (family Zak dah pindah Kedah + me and Zak akan kerja di Miri pasni so takde reason sangat nak ke Ipoh dah pasni) saya pegi jalan2 kat tempat kami selalu pegi dulu. Kami makan laksa kedah di Padang Polo. Terharu akak jual laksa tue masih ingat kami and siap belanja kami makan laksa + air sekali. Pastu makan nasik ayam claypot kat food court JJ. Pastu makan kat Old Town White Coffee. Erm, banyaklah tempat makan kami pergi sampai perut buncit cam anak toyol.

Kursus Sabtu-Ahad. Saya balik Isnin malam so sampai umah pagi Selasa. Isnin tue pegi shopping2 dengan adik time Zak pegi keje. Pagi Isnin HR Petronas tetibe call pasal report duty nih. This one saye akan cerita nanti. So I'm home now. But still takleh rest. Huhu...

Kursus Kahwin =)

Finally, diberi kesempatan pergi ke kursus kahwin setelah beberapa semester try nak pegi yang kat UTP nyer tue tapi selalu ada halangan. Seme tue atas kehendak DIA kan? Aderlah hikmahnya kan and alhamdulillah saya dapatla collect a few hikmah sepanjang kursus nie.

For the record, 14 orang jer yang join kursus kahwin nie. So bila dah small volume tue, bonding sesama penceramah-participant and participant-participant sangat rapat. Ilmu pun absorb masuk straight jer dalam otak and maintain lagi till today. Lokasi kat Pejabat Agama Daerah Ipoh. Tempat kursus pun selesalah, ada aircond, kerusi and meja besar seme.

Walaupun saye rasa kursus kahwin nie sesuai untuk certain golongan jer tapi saya setujulah kursus nie diwajibkan atas seme orang. At least untuk yang dah tahu tue leh refresh balik ilmu2 Allah nie. If takde kursus nie tak mimpi la kot nak bukak balik buku teks agama zaman sekolah dulu.

Masa kursus tue ada sorang boy tue, kesian sangat kat dia. Bila ustaz tanya, dia mengaku jer paling banyak dia solat 2 kali sehari jer, ngaku ringan2 dengan awek, etc. Ustaz lak satu hal, dah ngaku tue makin dia tanya. And boy tue lak lurus jer wat pengakuan. Pastu masa kursus saya selalu usha dia (in a good way okay!) Nampakla sinar2 keinsafan kat wajah dia sepanjang ceramah tue. Dia tak jahat tapi sebab tak cukup ilmu jek. May Allah bless him...

Kandungan kursus lak if yang part ibadah tue dia just repetition untuk subjek Pendidikan Islam yang kita belajar dari darjah 1 to form 5. Pastu part2 cam hubungan kekeluargaan, komunikasi, kewangan, pengurusan, etc seme tue cam banyak common sense ah and saye and Zak dah start practice mende tue dari dulu lagi. Part kewangan best jugak idea dia untuk arrange monthly allowance. Part yang paling penting saya tak pernah tau pape of coz lah prosedur and dokumen2 untuk kawen. So aritu dia ajar seme cara isi borang and isu2 yang berkaitan.

Tapi satu point yang saya kurang jelas. Masa kat kursus tue, seme penceramah cam dah assume kitorang seme dah arif bab "hubungan suami isteri" (please understand) so diorang fokus kat topik2 yang saya sebut di atas tue sedangkan in my case, sangatlah vice versa. Orang lain gelak2 paham "lawak orang kawen" nie, saye termangu sorang2. Kenapa saya tidak merasakan fitrah yang satu ini? Abnormal kah diri ini?

Ask me anything. Nak suruh masak ke, kemas rumah, jahit baju, etc insyaallah saya boleh buat sebab saya dah equip myself dengan mende2 tue slowly sejak dulu but for this one... this is my only fear in marriage. It's not like you can have a trial for this thing before marriage. Sangat cuak, tapi hopefully benarlah kata seorang penasihat agama. Mungkin itu satu cara Allah nak jaga kesucian diri saya. Yelah, saye and Zak dah bersama dah almost 5 years dah. If saya jenis yang gedik ntah2 dah terlanjur ke mana dah kan. Insyaallah lepas kahwin fitrah tue datang sendiri nanti. Amiinn.... (pray hard. haha)

Antara mende lain yang best sepanjang kursus, penceramah kasi tengok banyak video clip yang menyentuh perasaan dan merentap emosi (filem akhirat. haha!) Ada video klip pasal kematian (sedih dowh!) ada pasal beranak (ngilu dowh!) pastu yang kelakar2 pun ada. Sangat suka. Heee....

Hari terakhir ade exam okay. If tak lulus takley dapat sijil. Both me and Zak made a perfect score untuk 60 soalan tue (kitorang duduk jauh2 okay). Soklan objective jer pun and sangat senang dengan syarat leh recall balik subjek zaman sekolah, tak pun konsentret bebetul masa kursus. Sepatut jawab sejam tapi saya siap dalam 15 minit jer.

Btw, dari info yang saya dengar, kursus kahwin lepas nie akan dibuat selama 5 hari sebab ada practical sekali. And fees pun akan naik ke RM300 dari RM80 (Ipoh version). So sesape yang belum amik leh la amik cecepat. It's not about the money, tapi sayang dowh 5 hari tu, leh amik annual leave pegi honeymoon tue. Haha! Tapi seboleh2nya janganlah amik untuk wat syarat dapat sijil jer, amiklah dengan ikhlas and niat untuk dapat ilmu tentang perkahwinan. Insyaallah takkan rasa bosan dan menyesal. Sekian

Abang's Kenduri Part 1

Kenduri kahwin belah pihak perempuan selamat berlansung 21 Mac aritu (seminggu selepas nikah) and tinggal majlis sambut menantu jer lagi 28 Mac nie. Di sini saye sangat ingin membebel tentang kerja mekap saye.

Ok, rumah kakak ipar saya kecik jek and ruang untuk mekapkan dia sangat kecik, 3ft x 3ft kot lebih kurang. Fine lagi tue sebab before this pon macam2 jenis dugaan saye hadapi tiap kali pegi mekap (1 of the reason saye rasa sangat penat dengan kerjaya nih) tapi saye sangat menyampah bile ade orang yang purposely distract kerja saya.

1st of all, saya actually tak suke buat keje sambil orang tengok. Tapi sejak jadi mekap artist saye dah improve sebab memang akan ada orang nak tengoknyer. Saya takkan bengang kalo just tengok and dok diam2. Alkisahnya haritu, my auntie yang teringin sangat nak jadi mak andam nie and sorang anak kawan mak saye yang suka mekap2 datanglah follow nak tengok proses mekap.

Kalau tengok je still oklah. Nie ya rabbi tanya macam2 dari start mekap till abih mekap. If saya ada masa 3 jam memang sangat ok nak layan diorang. Tapinya, saya ada less than sejam utk mekap + grooming kakak ipar saya + abang saya. Plus orang lain sangat ramai, 5 minit sekali nak jumpe salam2 dengan pengantin. Cuaca lak panas amat sampai alat mekap saya cair.

Ruang kecik, nak bergerak pun susah + tambah susah dan panas bile ade orang yang tak spatunya ada dlm bilik kecik tue. Saye punyela kejar masa diorang lak sibuk nak tanya macam2. Sangat macam2 till saya sangat terganggu. Walaupun mekap berjaya disiapkan, saya tak puas sebab I didn't do it with a clean mind and heart. So the end.

As expected, kenduri sangat simple. Memula cuaca sangat panas. A few minutes before rombongan belah lelaki beratur untuk berarak, langit tetibe redup. Takde kompang2, just selawat sambil berarak. 1st time berkumandang selawat tue, saya rasa nak menitik air mata. Ntahlah, no explanation, just rasa syahdu sangat. And saya lihat kawan2 parents saye pun camtu. Cam semua sangat terharu dan happy untuk abang saya.

And walaupun majlis sangat simple, saya terasa kemeriahan tue dalam diri saya. So happy for you bro. Dah setel semua, dalam kul 7 pm baru sampai rumah. Malam tue kul 10 pm dah kene naik bas ke Ipoh untuk kursus kahwin. And pagi tadi 25 March saya dah selamat kembali ke Besut... Next agenda : reception abang + packing barang + sain buku cek company byk2 before leaving + buat invois secukup rasa + update filing system seindah bicara! Urgghh dah start merepek. Continue later~~~


Congrats To Reef & Suna

OMG!!!!! Saye baru balik dari kenduri kawen my abang yang belah pompuan. Gambar tak sempat upload sebab malam nie nak naik bas ke Ipoh. Nak update cecepat nie. OMG againn!!! Just received an SMS from REEFJR (ade kat dlm link blog saye nih) that he's going to get engaged tomorrow. My goodness!!!!!

I knew him before masuk UTP lagi sebab selalu chat kat MIRC. And even after grad pun dia selalu keep in touch dengan saya. Memang kawan yang baik. Tapi saya sangat marahhh!!! Selama nie punyela selalu ngadu nasib cakap bilelah nak ade girlfriend, bla bla bla... Sekali dah nak tunang, dengan SUNA plak tue, my civilrawk friend.

Yang paling BEST lak tue, bila saya dapat tahu Suna dapat kerje kat Kerteh saye dah mule gossipkan Reef dengan Suna. Gossip memain jek, sekali realistic fantastic la plak. Hahaha! Mulut masin betul! Baguslah, mulut masin yang mampu menjodohkan orang. Haha! Baru sebulan kot diorang rapat and then terus bertunang. Bagus2... Tahniah and good luck!

So berita nie SANGAT mengejutkanlah buat saya tapi sebab sibuk tak sempat nak layan terkejut nie. Bile dapat jer SMS tue saye terus update blog nih, belum reply lagi SMS dia. Hehe... So to Reef and Suna, congrats sangat2 atas pertunangan korang. Patutla Reef ade tanye 22hb free tak untuk mekap orang? Mekap tunang sendiri rupenya. Haha! Sori yer Reef, if tak pergi kursus kawen, I will definately mekapkan Suna tue. So again, congratssss!!!!


Preparation To Miri Part 1

Early March haritu saye tetibe terkaget dan teremo sekor2. Maybe sebab period kot. Kaget sebab bila saya buatkan to-do-list untuk bulan March I found out that I wouldn't have much time before leaving for Miri.

Plan asal, bulan Mac nie kire cam preparation month ah before keje kat Miri. Nak practice bangun pagi (ofis hour kat Miri starts at 7.30 am) and nak tukar balik mindsetting dari duduk kat rumah and keje sendiri ke keje dengan orang with a permanent job (terlalu biasa working on my own and often find difficulty working with others). Seboleh-bolehnya taknak culture shock cam certain people. Tak ready mind, physical and soul lagi untuk pegi keje tapi push jugak untuk keje.

Tapi tulah, March is a goddamn month that ruin my goddamn life (uih! emo). Sangat penat till seme plan tue tak dapat dilaksanakan langsung. Pastu kaget sebab tak ready barang2 untuk ke Miri lagi. It's not like I can come back home during weekends to bring things phases by phases. So bile dah kaget terus jadi emo. Haha!

Demi kasih sayang (demi tak sanggup tengok saye emo to be exact), Zak sanggup amik cuti lagi untuk datang sini untuk teman saya shopping barang2 ke Miri. So, dah berjaya shopping major stuff untuk dibawa ke sana. Kami shopping di KB Mall. Jauhnya beza shopping di KL and di KB. Super saving!

Untuk pakaian, Zak beli 3 pants and 2 kemeja (plan asal dia nak teman jer takmo shopping tapi saye selaku iblis shopping berjaya menghasutnya. haha!). Mine lak 8 pcs (1 jeans, 1 blazer, 1 kebaya, 2 pants, 3 kemeja) Thank god baju kurung saye dah banyak till tak muat almari (I love wearing baju kurung!) so tak payah dah beli kain untuk buat baju kurung. Pakai jela yang lama2.

12 and 14 Mac aritu Petronas ade call suruh report duty 17 Mac plak. Heck no lah kan! Napelah sangat last minit keje diorang. Huhu... So yesterday baru start packing barang sket2 untuk ke Miri. Kene bahagi masa dengan buat hantaran kahwin abang 21 and 28 Mac nie dengan dokumen tender. Rumah pun tengah bersepah cam tongkang meletup. 21 malam nie lepas mekap akak ipar akan naik bas ke Ipoh lak sebab nak pegi kursus kahwin kat sana selama 2 hari. Nak sambung shopping kat Ipoh lak sket lagi.

So tue jer baru preparation nak ke Miri. Thanks to my fiance. If dia tak datang tak start prepare lagilah jawabnyer. Because when he comes here, schedule saya akan automatik di-clearkan and diisikan dengan entertain Zak sahaja. It was a fun day sebab hanya kami berdua. Before this if berjalan or shopping kene pikir untuk orang lain sekali. Macam2 orang kirim. Tapi kali nie, hanya kami dan barang2 kami (owh plus telur penyu nenek saya ngidam nak makan)

So sangat enjoy jumpe tunang tersayang setelah bermati-matian memenatkan diri. Zak pun nampak sangat enjoy datang sini. My family and I were having so much fun with him sampai Zak rasa takmo balik Ipoh dah. Haha! See you again dear this coming 22 Mac!

15 Mac

15 Mac aritu merupakan hari yang SANGAT saya nantikan untuk bulan Mac nie. Itu merupakan hari terakhir saya mekapkan external client. 21 and 28 Mac nie mekap akak ipar sendiri jer. God knows how much I wanna call it a quit. Macam dah sangat penat. Maybe sebab banyak priority lain yang ter-pending, so makanya tak sabar nak habiskan keje mekap2 nie.

15 Mac jugak merupakan hari terakhir saye JV bersama Syazwan. Syazwan said, passion dalam fotografi dia pun dah mula menurun and I understand that. Sebab semua dah ada komitmen lain yang lagi besar. Dia pun sangat sibuk dengan kerja now. So good luck to him.



So this is us masa dah tamat majlis. Hissss Syazwan nih! Orang dah pesan jangan buat peace dia buat jugak. Degil! Ermm, anyway why do I look so gedik with that sort of smile eh? Huhu... I guess tue merupakan pertemuan terkahir kami sebelum saya ke Miri. Thank god majlis reception Ayu and Yanddi tue sangat meng-happy-kan.

Majlis diorang kat Kuala Besut jek (about 15 mins from my house) tapi saye kene gi mekap di Chalok which is about sejam suku dari my house. Then dari Chalok follow dia balik ke Kuala Besut. Saye drive terhuyung hayang sebab ngantuk. Owh, that was my 1st and last time pegi mekap jauh2 secara sorang2 tanpa driver. Haha!

Saye gerak dari rumah seawal pagi dalam kul 7.30 am and balik rumah selewat petang dah nak dekat kul 7pm. Lambat sebab ade buat sessi outdoor jugak. Kene wat lewat petang sebab panas. Salah satu scene adalah di dalam kandang lembu. Siot Syazwan, sampai miang satu badan saye sebab duduk dalam kandang tue. Walaupun saya hanya duduk dan tengok (berbanding dengan pengantin yang siap posing2 guling2) tapi saye yang mengalami kegatalan terlebih. Badan cap ayam btol. Haha!

Ayu and Yanddi pasangan paling sporting and kelakar saye pernah jumpe. Walaupun saye macam dah habis limit dah penat tapi masih mampu gelak dengan horrible sekali haritu dengan lawak2 mereka. May Allah bless both of them. Bile balik rumah, saye tau 1st thing yang saye patut buat adalah mandi but I chose to sleep 1st. 15 hari tak cukup tidur. Huhu...

Malam 15 Mac pulak Zak naik bas dari Ipoh datang sini untuk shopping barang2 pegi Miri nanti. He's with me right now, tengah tidur kat bilik tue. Will update about this shopping things later. Yang penting saye sangat lega 15 Mac sudah berakhir. Yeahh!!!


P/S : Tak payahlah nak menyamar pakai YM orang untuk chat dengan saya. You are still a terrible liar walaupun saye dah nampak progress penipuan kamu sudah makin meningkat. Sekian!


Abang's Marriage

Too much going on lately but can't find the right time to write them here. I start with my abang's marriage. As I used to mention before, the marriage can be classified as a sudden marriage. My abang dengan wife-nye kahwin sebab arrangement dari kawan2 my mom yang dah bertahun2 try carikan jodoh untuk dia. Sangat susah nak jumpe, so bile dah jumpe terus kahwinkan diorang. Hehe...

My abang nikah 13 Mac selepas Isyak. Macam yang saye dah mention kat fotopages, it was a dramatic solemnization ceremony. Imam malam tue kene nikahkan 3-4 pasang pengantin and he suddenly nak pergi majlis my abang dulu. Last minit nyer info so sangat kelam kabut. Imam terpaksa tunggu rombongan lelaki 15-20 minutes. Saye memang dah kat umah my sister-in-law untuk mekapkan dia. Mekap pun tak sempat siap abes. Tudung senget benget. Ah belasahlah, janji leh kawen!

At 1st saye agak risau sebab abang saye tu darah gemuruh sket. So bila dah jadi kelam kabut camtu saye risau dia makin cuak and takleh selesaikan akad dengan sempurna. Tapi alhamdulillah, if dah nak berkat tue insyaallah seme bende berjalan lancar. Sekali lafaz jer and dia cukup tenang malam tue.

Agak sayang sebab tak panggil fotografer malam tue. My akak ipar ni pure orang kampung. Tak tau pasal fotografer and fotopages seme2 nie. If saye bukan juruandam ntah2 dia mekap sendiri malam tue. Huhu... majlis memang sangat simple. Majlis tunang saye haritu lagi meriah saya rasa. Haha! Tapi bak kata sayelah, if dah nak berkat tue kan, simple camne pun kami semua tetap sangat happy malam tue.

So tahniah to my abang. Tak payahlah saye langkah bendul nanti. And lega nanti ade orang leh tolong2 dia kat kedai. My abang sangat pemalu till tak pernah recruit pekerja perempuan. Nie dah ade wife insyaallah ringanlah sket beban keje dia. Her wife nanti akan jadi suri rumah dan pembantu kedai sepenuh masa. Kenduri belah perempuan nanti akan dibuat pada 21 Mac and 28 Mac untuk pihak lelaki. 1 April lak caucincau ke Miri. Heeee~~~~


Hectic March!

Eh semua orang! Saye belum ke Miri lagi. Ade lagi nie haa.. tapi tuela, bulan March nie sangat busy okay. Guess what people, should be setiap minggu saye terpakse turun mekap orang. Clashing pun banyak. Bulan 3, 5 dan 12 adelah musim durian runtuh buat makeup artist/juruandam. Tapi saye terpakse reject banyak requests sebab I really need time for myself. Kursus kahwin pun tak pegi lagi okay!!! Ahh takpelah, makeup dah tak jadi priority saye dah now.

1-3 Mac ke Ipoh and KL dengan Piju (refer my previous post). Lega sempat tunaikan tanggungjawab bawak Piju jalan2 keluar Trg before terbang ke Miri. 7-10 March saye ade kat K.Trg. Makeup orang (refer my fotopages), pegi kenduri kawen relatives, amik wat blk nenek, etc. 11 March ade wat majlis solat hajat lak kat rumah nie sempena abang saye nak kawen + saye nak gi Miri. Makan2 semua gotong-royong buat sendiri so sangat penat yang teramatt!

13, 15, 21 and 28 March adalah hari-hari terakhir saya mekap. 22-23 March nak pegi kursus kawen kat Ipoh. Sepenat2 saye, saya rasa abang saye lagi penat. Dia kawen 13 Mac nie dah tapi satu ape pun dia belum prepare. Keje sangat banyak. Dia balik umah jam 8 am setiap hari sebab terpaksa stay up buat keje. Kesian. If I were him, saye sub jer semua tender yang belum siap tue kat orang lain and fokus pada marriage nie dulu tapi dia takmo. Hmm....

Terpaksalah saye and mama saye uruskan soal kawen dia nie. Nasib baik majlis simple jer. Buat kenduri kesyukuran jer. Sangat kecik kecilan. So sesape yang free silela datang masa resepsi 28 Mac nanti yer. Tapi majlis sangat keciklah. Tapi jemputlah makan2. Huhu...

Nak cerita details tak tercerita. Kesimpulannya sangat banyak benda nak kene setelkan bulan March nie. Kesihatan pun asyik naik turun jer now. Kejap sihat kejap nazak. Iskkk... Hopefully seme bende berjalan lancar....


Trip To KL With Adiks

Fuuhh!! Penat. Saye baru balik rumah. Ok, plan asal adalah pergi ke Muar untuk makeup pengantin di samping bawak adik saye Piju jenjalan. Piju nie my only adik yang paling jakun dlm rumah nie. Dia tak pernah keluar Besut-K.Trg-Kelantan. Dia belajar till SPM jer, sekolah pun dekat rumah jer. Kesian plak dia tak pernah kenal dunia luar.

Tapi cam biasalah, dramatik... so plan ke Muar kensel last minit. Tukar pegi jalan2 ke KL lak. Hari 1st lepak2 kat Ipoh dulu. Ajak Piju tengok wayang. Movie Vantage Point. Sekali jumpe Intan dgn Padil lak dalam cinema tue. After tengok movie, kami (saye, Zak, Intan and Padil) benti minum kat kedai mamak lak sambil borak2. Susah dah nak jumpe nanti kan.

Esok tue gerak ke Shah Alam dulu utk amik my another adik kat UITM tue, Piji. Piji nie kembar Piju tapi diorang tak seiras. Sorang lahir kat umah kat Besut (Piji), sorang lahir kat hospital Kelantan (Piju), tapi same day lah. Ade kemungkinan Piju tue tertukar kat hospital. Hahaha! Dulu masa kecik2 diorang selalu gaduh. Nie dah besar Piju asek rindu kat Piji jek and dia sangat happy dpt jumpe kembar dia tue.



So, inilah adik-adikku. Yang baju kuning tue Piji, yang kurus sket tu Piju. Just ignore my face people. I look so pale. Did I mention that I was having a very bad fever before saye ke KL? Owh, sangat teruk. Saye sakit camne pun susah nak hilang selera makan but this time memang takde selera makan langsung. And malam saye bertolak ke Ipoh tue merupakan hari 1st saye baru start nak pulih dari demam. Asal asek demam jek lately???

Btw, actually nak tunjuk 1 bende lagi dalam gambar tue. Look at my hand people. It's a new handbag okay! Tue baru je lepas beli tue. Brand Giamax. Sale okay! Dapat diskaun 50% so dapat dalam RM60 jer.


Selain tue, beli purse nie jugak. Giamax jugak. RM30 only okay!!! This one 70% less tak silap. So, nie jer the only barang yang saye shopping. Selebihnyer bawak budak2 tue jalan2 sahaja. Alhamdulillah, semua berjalan lancar, Piju pun nampak sangat enjoy dengan trip nie. Dia shopping sakan sampai kakaknya sudah jatuh miskin (celake!).

So after balik dari KL, we spent another day in Ipoh before going back to our hometown. So, I'm home now. Tengah period pain now. Urgghhh!!! Tak suke! Once again, segunung thanks buat Zak yang sanggup penat badan and spent masa and wang untuk layan kerenah bakal adik ipar dia. You are the greatest man dear. Love ya!



P/S : Still teringat kat Piju yang 1st time masuk dalam LRT aritue and asked me "Nak kasi tiket kat drebar ke ni?" Huhu....


Blog contents © Stories of Heart 2010. Blogger Theme by NymFont.