Trip To KL With Mama Part 2

Arghhh!!! Sgt busy lately. Serius xde masa nak berlama-lamaan di depan komp. Nie pun curi2 masa. Still kene update, if not nanti saye akan lupe camtu jek and takdela memori utk saye bace bila dah tua2 nanti. Hihi... Ok, about my trip to KL, I went to KL with my mom by bus. Tak ramai yang naik bas malam tu, rasanya paling byk pun half of bus jek.

My mom dalam bus tu ya rabbi, bercerita tak putus2. Sound volume lak versi bercakap dalam rumah. Dahla tak ramai orang dalam bas malam tue, and seme senyap2 jek. Rasenye seme orang leh dengar cite mama dalam bas tu. Nak tak nak saye terpaksa berpura2 tidur untuk mengelakkan pencemaran bunyi berlebihan dalam bas tue. Hahaha!

Hotel dah book sesiap secara online. So sampai2 KL jek terus amik teksi then leh terus check in. My fiance, Zak dah sampai KL malam tu lagi and tumpang tido umah senior UTP (my senior kat MRSMPC gak). So dalam kul 7am Zak datang hotel tu and kami bertiga pegi breakfast sesame kat Chow Kit. Then bermulalah acara shopping yang sangat dahsyat.

Macam2 tempat kami pergi sampai kaki saye dah nyaris lumpuh sebab penat berjalan. Masa pegi beli laptop kat Low Yatt I took off my shoes and berjalan kaki ayam jek dalam shopping complex tue. Memang sakit takleh handle dah time tue. Owh, it wasn't my laptop, my cousin kirim beli. Btw, haritu banyak masa dihabiskan untuk beli barang2 yang orang kirim jek.

My stuff pun not bad banyaknyer. Ade dekat RM1k kot utk barang saye sahaja. Mom hadiahkan saye 1 handbag utk pegi keje kat Miri nanti. Valentino handbag, beli kat Sogo (my mom's favourite shopping complex). Forgot the price already tapi dalam range RM250-RM300 tapi dapat 50% diskaun. Heeee.... Later in my next entry saye akan upload a few pics barang2 yang saya shopping that day. Seme gambar tu diambil gune handphone my adik. Tengah tunggu dia email gambar2 tue.

Owh, lupe nak cakap, adik saye yang belajar kat UITM Shah Alam tu pun datang bermalam di hotel tue. Dia bawak besfren dia yang now dah jadi anak angkat my mom sebab mak dia dah meninggal. So malam tu 5 orang tidur dalam bilik hotel tue termasuk Zak. Kami tidur bergelimpangan dalam hotel tue. Wohh!! Sangat susah tidur pakai tudung. Kene tunggu sang kekasih tidur baru leh bukak tudung. Pastu kene bangun extra earlier to make sure I put my scarf 1st before he woke up. To be continued....


0 comments:

Blog contents © Stories of Heart 2010. Blogger Theme by NymFont.