Telatah Manusia

This is going to be the last post for January. Banyak betul entry utk bulan nie kan? Huhu... When I started composing the previous post (Petronas Carigali Miri Part 3) tetibe saya teringat kat sorang nie. Bila teringat sorang nie, saya teringat kat sorang lagi yang lain. Bila saya teringatkan 2 orang nie, tetibe saye teringat kisah Luqman Al-Hakim dengan anaknya. Mari bercerita!

Alkisah, dulu LAH (Luqman Al-Hakim) nie pegi pasar dengan anak dia naik unta. Masa tue LAH yang naik unta, anak dia ikut kat belakang. Pastu orang2 kat pasar tue ala2 ngumpat la cakap "Teruknye orang tua tue, ade ke patut biar anak berjalan" Lebih kurang camtulaa...

So, LAH pun tukarla suh anak dia lak naik unta and dia jalan kaki. Pastu orang tue cakap camni lak "Teruknye budak tue, dibiarkan ayah yang dah tua jalan kaki. Dia best2 naik unta" (isskk.. gaya gossip btul)

Then, LAH dengan anak dia naik unta tue 2 orang skaligus sebab nak elakkan orang mengutuk. Then orang2 kat pasar tue cakap camnie lak, "Teruknyer 2 orang tue, kesian unta tue tersiksa nak pikul berat 2 orang"

Lastly, LAH and anak dia turun jalan kaki bersama2 dengan unta tue sebab susah sgt, buat nie tak kene, buat tue tak kene. Tapi, orang cakap camnie lak "Bodohnye diorang tue, ada unta tak naik, jalan kaki lak"

So teringatla 2 jenis manusia yang pernah rapat dengan saya. Sorang tue saya pernah tegur and nasihatkan dia. Memang banyakla nasihat kasi kat dia. And end up dia cakap saya nie busy body and perasan baik. Sorang lagi tue lak, saya tegur sekali jer sekadar nak lepaskan tanggungjawab menegur sesama Islam. Lepas tue, dia cakap, dia tak berubah sebab saya tak tegur dia and tak bantu dia berubah. Haihhh manusia....


"Sesungguhnya tiada terlepas seseorang itu dari percakapan manusia. Maka orang yang berakal tiadalah dia mengambil pertimbangan melainkan kepada Allah S.W.T saja. Barang siapa mengenal kebenaran, itulah yang menjadi pertimbangannya dalam tiap-tiap satu."


Petronas Carigali Miri Part 3

I always remember when my friends said Kerteh and KLCC is like the 2nd UTP. There are a lot of utpians there. And I said, that's cool!! And everytime I said that word, they responded by saying "Huh! Best aper!" I felt weird at first. When I went to KLCC with my fiance that day for the report duty purpose, I met almost 10 utpians there and only 1 of them who tegur me dengan ikhlas sekali. The rest seme buat2 tak nampak jer. I felt stupid. I smiled and waved just like an orang utan. Hmmm, orang utan in KLCC. They should stay in Miri. Hahaha!

It was a sad day okay knowing that people I used to know just ignored us like that. I spoke to Zak "How can I work in such the environment for 10 years?" And then, knowing that I have a backup job as a makeup artist, it doesn't matter anymore. Only after that one of our senior explained to us yang memang orang2 kat KLCC sombong. I don't say all okay, maybe kebetulan yang saya jumpa aritu yang sombong. I have some great friends there, cuma tak jumpe jek aritu.

Me and my housemates, Pana and Kuin start to feel the excitement of going to Miri. Of course they will leave for Miri earlier than me. Diorang cakap so far orang2 yang akan turut ke Miri semua yang okay. And my friends yang memang dah ada kat sana pun memang semua yang okay. So in terms of friendship tu no problem la I guess. It's good to see good faces for 10 years.

I'm going to do the medical checkup this Saturday or Sunday. Takuttnyerr.. coz I'm now having a new addiction - ratah telur itik yang masin tue. My mama beli 1 balang so sampai 5 bijik sehari saya ratah. Risaunye nnt kene detect darah tinggi. Haha!

Owh btw, bila saye tetibe excited nak pegi Miri, my parents cam sedih2 lak. Aritu saye sedih2 diorang comfort2 kasi semangat. Now, diorang tengah mencari kabel2 utk bring me back to Semenanjung. What's this? Owh, it's a dramatic year....

Dramatic 2008

Dulu, saya mulakan tahun 2007 with a very good head start and it continued that way until the end of the year. And tahun nie plak, my starting was so dramatic. Baru bulan January dah macam2 perkara berlaku. Terlalu gembira pun dah alami, terlalu terkejut pun dah alami, terlalu sedih pun dah alami, terlalu konfius pun dah alami. Pendek kata sangat dramatiklah. And I believe it's going to stay that way throughout the year, so I'd better get ready - physically, emotionally and mentally.

Initially, job in Miri made me feel trapped between thing that I like to do and thing that I have to do. Saye baru nak boost nama dalam industri makeup and then this Miri kind of kills it. But now, I don't know why but I start to look things at their brightest side. Teringat masa memula masuk UTP dulu. I felt the same way - trapped between my own choice dgn choice my parents. And end up, it was one of the best decision ever. Saye percaya, bila kite selalu ikhlaskan hati, Tuhan akan sediakan jalan yang baik buat kita. Jalan tue mungkin nampak berliku tapi mungkin ada syurga yang indah di pengakhiran jalan itu yang menanti kita.

Today, I woke up as a different person. Tetibe bersemangat kemas bilik and yang paling aneh, tetibe rasa excited nak gi Miri. Mungkin pengaruh Shikin yang sedang merantau under Schlumberger. Tak sabar nak experience an adventurous life like hers. Nanti boleh letak gambar and story banyak2 kat blog nie. Dah tua2 nanti boleh bace balik. Boleh berlagak dengan anak2. Haha! I'm not planning to finish my 10 years of contract in Miri. Maybe 5 tahun jer kot, then mintak transfer ke Semenanjung. Life must have variety of excitements.

By the way kan, saya cam dah nampak sket2 hikmah di sebalik ketetapan nie but let me keep them to myself first. Yang penting, I believe that 2008 will be a dramatic year for me. As an actress of my own dramatic life, I hereby announce that "Welcome Miri! Tunggu yer, nak mekap orang sampai bulan Mac dulu." Hahaha!


Petronas Carigali Miri Part 2

Hoho! Seems like ramai yang nak tahu what I will do next regarding this matter. Seriously, I didn't put any efforts to act or even to think until for the past few hours. 1stly, this is situation yang saya dapat dari offer ke Miri ini.

Ada 3 golongan yang happy dengan offer yang saya dapat nie. 1st kawan2 yang memang dah dok kat Miri and housemates saye yang dapat Miri jugak. Siot sungguh mereka. Di saat saya tengah tensen2 masa 1st time tau dapat Miri, diorang reramai hantar SMS "Akak dapat Miri ke? Yeayy!!! Sayang akak!!" Demm! Haha!

2nd, kawan2 parents saya. Semua bangga and call my mom utk cakap congrats. Semua suruh pegi jer. Bile lagi nak dapat peluang camni kan?

And 3rd (this one is not so nice) is para makeup artist samada yang baru atau lama. Let me tell you this, there are certain of them out there yang kurang senang dengan kewujudan saya dalam industri ini. Saye pun tak paham, saye tak pernah pun nak fight, why should they feel threatened??


And saye sangat terharu dengan beberapa orang yang sangat sedih dengan pemergian saya nanti. Let me list down some names here. 1stly, my parents & family of coz la kan. My mom risau gile and suruh saye kawen next week dengan Zak sebab saye sepatutnya dah pegi Miri 18 Feb nie. Alahai mami poko... Badan saye tengah bulat macam Pokemon nie nak suruh saye kawen now ke? Never ever okayy!! Hahaha! Zak pun included dalam kategori family laa...

2nd, some of my friends : Intan, Iman and Syazwan. Thanks for your serious concern. Terharu gile okayy!! Syazwan siap offer nak try carikan kabel yang boleh bring me back to Semenanjung. Serius seyy saye sangat terharu tapi tula statistik menunjukkan tak pernah ade yang berjaya mintak tukar. So, saya tak mengharap sangatlaa.... Tapi setiap peluang yang ada tue saya takkan persiakan. Ha, sape lagi yang ade cable silela kasi saya pinjam yer. Huhu...

And 3rd for sure la my existing and future clients kan. Huhu... My current plan is to finish up the bookings for February and March only. Saye akan try mintak extend untuk ke Miri. Maybe by April baru saye pergi. So untuk tempahan selepas March saye akan pass kat my teammates in Pretty Peektures. Maybe it's the time untuk saye kembangkan bakat saya di sana pulak. Kat semenanjung ni dah banyak sangat makeup artist.

Well, harini demam saya dah pulih 90%. Dah rasa normal balik. Dah boleh pikir pakai otak sket instead of emotion. As I told you, the only constraint yang membuatkan saye tak suke pergi Miri is because of the makeup job. Tapi bumi Allah nie luas. Rezeki ada di mana2. Saya yakin dengan hikmah Allah. So, I'm done with the adjustment period. Saye dah terima hakikat yang saya akan ke Miri nanti and honestly rasa tak sabarla plak. Hehe...

And about my relationship with Zak, semua pun tahu hanya takdir yang boleh pisahkan kami. Distance won't give it a damn at all. But of coz la saya akan doakan Zak dapat Miri jugak. Papepun yang terjadi nanti, saya yakin ape yang saya dapat now is the best for me. I love my Creator, Allah and I belive He loves me back just fine.

So, Isnin nie saya akan request untuk extend, paling awal pun April. Lagi lewat lagi best. Hehe.. Aritu dah berjaya mintak extend hantar result medical checkup sebab offer letter sampai lambat. So, within 2 bulan hayat saya di Semenanjung nie saya akan setelkan urusan company saya (kene sign cek kosong byk2 & update filing system sesiap), makeup sisa baki clients setakat yang mampu, shopping baju untuk ke Miri, jalan2 kat KL buat kali terakhir and try jumpe kawan2 yang saye sayang. Sekian dulu update kali ini. Heeeee~~~~~

Petronas Carigali Miri Part 1

Well, tengok tajuk pun dah boleh predict ape content entry nie kan? Yes, saye dapat offer sebagai Well Integrity Engineer (amende ntah jenis pekerjaan ini) di Miri nun jauh di sana. Begini ceritanya...

Saye balik dari KL dengan penuh happy. Dapat spent masa dengan tunang tercinta, dapat kenal ramai orang best kat Pretty Peektures and dapat jumpe 2 civilrawkians, Pejal and Syahnaz. 2 days before tue saye dah dapat call dari Petronas cakap nak hantar offer letter.

Masa jumpa Syahnaz saye dah gelak2 sebab dia dapat Miri. Balik rumah, padan muke saye, dapat Miri jugak. Parents saye terkedu sampai amik cuti half day. Saya tengah bukak parcel dari stokis tak sempat bukak sampai habis till now. Saye call Zak masa dia kat ofis and Zak terus terduduk and tak terkata pape. Semua terkedu seribu bahasa dengan offer ini. We were so sure that my name will remain in KLCC and tak ke jauh tu KLCC and Miri. If Kerteh boleh tahan lagi.

Saye bukan kisah sebab Miri. Saya sanggup spend my 10 years of life there. Yang sangat mengganggu fikiran saya hanya makeup job saya. Saya dah dapat tempahan sampai July and dah ramai yang bayar booking fees and deposit seme. And I've signed the contract with Pretty Peektures. Plus, harini saya baru dapat offer dari modelling agency utk makeup job selama 2 bulan utk TV program starting from this Sunday (which I have rejected earlier because of this Miri thing)

Balik jer dari KL saya dapat 30 emails tanya pasal makeup and order2 barang seme. Sampai rumah Subuh semalam, tengahari tue teman mama pegi shopping kt KB utk hantaran tunang abang saye nanti. Sepanjang jalan ramai gile call sampai saya terpaksa off handphone. Balik rumah plak bertambah lagi 10 email. Iskkkk!!! Otak saya berserabut gile nak mampus okay!! Di saat saya tengah bercelaru dengan offer Miri nie, masa niela banyak pulak offer2 untuk makeup yang saya terima. Mane tak pening.

Plus, my demam masih belum ok. Travelling by bus made it worse. Dahla masa kat KL saye and Zak macam peserta Amazing Race berkejar sana sini naik public transport. Menapak pun banyak. My headache belum hilang lagi dah tambah lagi bende lain. So now I still can't figure out what my next actions would be. Zak interview Petronas this Saturday and he'll try to ask for a position in Miri as well. So, I'll update later bile keadaan dah makin stabil. Now nak kene reply email2 clients and customers dulu. Headache.....

Blues of Kunaz

Dah seminggu headache and rasa tak sihat and finally saye demam jugak akhirnya. So nie dah masuk hari ke-3 demam. Malam nie kene naik bas ke Ipoh. Canela nak dok bawah aircond bas nie, kipas no.3 pun dah nak keras badan. Huhu... Anyway, got the 1st meeting with Pretty Peektures tomorrow regarding the makeup artist things.

So cam biasala, bile dah demam nie lemau jek rase. If korang perasan, I add an mp3 function here so that my readers will be well entertained during their reading time. Hehe... I checked the hits statistic. Average visitors yang saya dapat is 39 people per day for January. The highest hit was 69 times (on 14 Jan) but 40% adalah repeated visitors.

So, do on your speaker/headphone everytime you visit this blog. But for the time being, please bear with my jiwang mode. Insyaallah I'll change the song from time to time. As for now, dengarlah mp3 jiwang nie sampai korang hafal liriknya yer? Hehe.. So update terbaru: saya demam, saya jiwang, saya nak ke Ipoh malam nie jumpe Zak then gi KL sama2.

My Abang's Getting Married!

Only closest friends of mine yang tahu cerita tentang abang saye nih. He doesn't have a good education background and he's not that handsome but he possesses the most perfect heart on earth. Ke mana dia pegi semua orang akan senang dengan peribadinya. He gives a flawless respect to our parents. Saya pun tak mampu jadi sebaik tue.

He has his own company and he's so rich. He could marry 4 women at a time. He could buy 1 luxury car tak payah hutang2 dengan bank. Lepas tue dia sangat rajin. Kalau hari cuti, memang licin bersih rumah nie dia bersihkan. Trust me, if he's not my biological brother, I'll straight away marry him. Not because of the money, tapi sebab his personality.

But he always has this bad luck in searching for his life partner. He puts only 2 conditions in order for any women to be his wife. He doesn't want an educated girl, so that she could just work with him. The 2nd one is, the girl must love our mum the way he does. Abang saya nak kahwin nie pun bukan sebab dia, it's mainly because of my mum.

My abang is so pemalu ok. So dia takde staff perempuan which is sangatlah leceh. So, mak saya suruh dia kahwin cepat2 sebab keje dia sangat banyak and tak cukup tangan. Lagipun he's getting older, it's about the time as well. Macam dah sampai masa dia kene kahwin.

The problem with my abang is, dia nie selekeh nak mampus. Tak pandai bergaya (walaupun adik dia mekap artist, ahaha!). He's an old-fashioned kampung boy, so perempuan sekarang tak pandang semua tue. Dia pun tak pandaila nak ngorat2 nie. Penat saye ajar dia cara ngorat. Sayela yang banyak tolong dia dalam urusan mengenal hati wanita nie. Tapi tuela, jodoh tu kan di tangan Tuhan.

1 Besut yang kenal abang saya nie suka dia. Selalu jodohkan dia dengan ramai orang tapi selalu takde jodoh. Ade sorang pegawai jabatan Islam kat Besut nie nak jodohkan dia dengan muallaf baru convert. Macam2 lah usaha kawan2 parents saya nak carikan isteri untuk abang saye nih. Sampai ada satu tahap abang saye dah putus harapan. Dia nak konsentret pada keje and family jek, xmo dah pikir2 soal kahwin nie.

And finally, he found a perfect match. Yang matchkan dia adalah seorang doktor kerajaan kat Besut nie. Anak dia ade sorang dak UTP, nama Fifi. The girl works in 1 kedai kain kat Jerteh. Yang kelakarnya, bile semua orang tahu tentang that girl, ofismate mama saya amik giliran pergi kedai tu pura2 beli kain. And everyone seems suka dengan that girl.

So yesterday, my parents pergila merisik. 1 pejabat follow. Betapa big thing nyer issue nih. Haha! Dipendekkan cerita, semua berjalan lancar and my abang is getting engaged next month!!!! And insyaallah by April diorang akan kahwin. Alhamdulillah. Setelah beberapa tahun cari pasangan yang sesuai sampai dah ronda Malaysia, jumpe jugak akhirnya yang berkenan di hati.

Pendek jer jangkamasa diorang kenal. Tak dating tak aper. Kalau saya sure tak berani nak kahwin lagi. Hopefully everything would be fine. Owh btw, my kakak-ipar-to-be ni happens to be 4 years younger than me. Hehe...

So, saye sangat tak sabar menantikan saat kebahagiaan diorang. And to people out there yang masih tercari2 jodoh, janganla berputus harap. Saye dah saksikan dengan mata kepala saya sendiri betapa susahnye my abang cari jodoh yang sesuai. Ikhlaskan hati, teruskan usaha and banyakkan doa. Insyaallah jodoh terbaik akan jadi milik anda. Haha! Skema sungguh kesimpulan.

Makeup Bliss

I'm not expecting any updates for the time being. Not much to tell about. Latest update, I'm stucked with this document contract stuff - the 1st job for my very own company. Nothing interested to be shared. So busy with the family business and I work so hard chasing the deadline. Haihh! Banyakla plak deadline nak kene kejar. Haha!

But today, I got an extremely good news. I got an offer from one big photography company to be their freelance makeup artist. Yes, I do a lot of joint-ventures with the 'newborn' parties in this wedding industry. It's like the win-win situation. But this one, it's like a divine bless from the up above. Hehe.. lelebey la plak.

Saye tahu kewujudan company nie dah lama but never pay a serious attention to it. Sebabnye, clients diorang semua golongan high class. Celebrity, anak datuk datin, etc. Antara celebrity yg amik service diorang for their weddings are Fazley, Aishah Sinclair, etc.

And today, director company itu sendiri yang contact saye to offer me this wonderful opportunity. I feel like doing the chicken dance. Lalala~~ Happy and syukur sangat. Owh really got to go. So much things to do, and again, so little time... Haihh...

Towards Marriage

1st thing 1st, this entry was inspired by one blogger. I've just found her blogspot and planning to tag her here but seems like dia dah quit dari dunia blogspot nih. For those who wanna know why, her blog tells the chronology of her life towards her marriage. Sangat panjang dan details. And now she's happily married. After baca blog dia, seriously I could feel how deep her love is. Semoga dia akan berbahagia selalu di samping suami tercinta.

And me... Mine is going to be held less than a year and I don't even start to plan. Yeah, my new job buatkan saya lebih memikirkan others' wedding over mine. Lately saye selalu dapat client yang saiko. So saiko ok, and so far only certain people yang tau the story behind. Kesimpulannya, the saiko clients give me no options except to fulfill their wishes. Saye terpaksa off-kan my friendster from public's view because the saiko clients tend to search for me everywhere. After this, I might not tell much about my makeup jobs here anymore. Just a general overview of it. Reason? Yeah, let's just put a fine line between personal and profession.

FYI, saya dah banyak tolak job untuk makeup for this month. The reason is so childish - I don't want to travel alone. Haha! At least if diorang amik sekali dengan gambar, I have Syazwan for me to be with. Zak's working, 6 days a week lak tue. Takkan nak suruh dia amik cuti lagi. Haritu dia dah cuti 2 days just untuk teman saya mekap kat KL. Hehe, so manja me.

Don't simply blame it on me okay! Just put yourself in my shoes. Drive ke Melaka, N9, Kuantan, etc sorang2, cari jalan sorang2, sesat sorang2, makan sorang2, etc.. owh I'd rather die! Haha! Unless kalau short distance, okla. Nie jauh maaaa... again, so manja me. Huhu...

About my wedding, I don't think I need a long time to prepare. Just dial up some numbers then everything could be settled in one hello. That's the advantage of having good contacts. Hmmm... Still don't get the excitement of getting married. I'll write it down when I have any. Latest progress baru konfemkan date. Yeah! That's how everyone should start. Identify the deadline 1st and work on it towards the deadline.

Memori UTP : Part 2 (Results)

So the final result for my very final semester was officially up yesterday. I was planning to update on this one soon after I got my results but life was so goddamn busy lately. Alhamdulillah, I finally reach my aim - the biggest aim for 2007!!!!

So, this is the chronology of my exam results. My 1st semester in UTP was a success. I managed to score very closed to Dean's List. Thanks to my Chinese friend, Chuen Yu a.k.a Fish. Special semester was so short, so dangerous if you spent it wrongly. And luckily I met this Fish. I can say that we were like best friends during the special semester. I slept in her room for nights even though I have my own roommate. I even performed my prayers in her room okay!!!

The night before the exam, we studied on shift. Fish study saye tido, saya bangun tido Fish pulak tido. This went on until we sat for the exam papers. Then, during my first year in UTP, new friends appeared both for me and Fish. No one could remind me about study like Fish did. Honestly, I've wasted my 1st 3 semester in UTP doing nothing. I didn't skip lectures. I didn't go out a lot. It was just, I daydreamed a lot. I can say most of the time for the 3 consecutive semesters. I copied other people's assignments, etc.

That was when my results kept dropping down and down. When I realized that I need to change, and I really did want to change, I was having a very bad health conditions for 2 semesters. It was like taking the exam with a blank head.

Then I made a good progress for every semester. But it was a slow progress. I was so unlucky in this result stuff. No matter how hard I studied, how good I performed in my exam papers, the results were not as expected. For instance, during the semester before internship, I was so confident that my result would be so great. It turned out to be the worst result I've ever had. It was below 2.5 lagi rendah dari result time saya sakit2 dulu.

Because of that result, I made my decision to extend my study. Yes I was already thinking of extending my study to teman my fiance, and the result made it confirmed. I've done a calculation and I need to score at least 3.69 during my extended semester to score a minimum CGPA of 3.00 and alhamdulillah I did that. Maybe 3.69 seems so small to others, but I'm not a genius student. Plus, I was always unlucky in my exam. But this time, alhamdulillah, the luck is on my side.

You see, everything has its own hikmah. Now I have no reason to regret. I could graduate with a good result (I mean, result that meets my target), I could graduate along with my beloved Zakuan, I could graduate with my parents feeling proud of me, and the most important thing is I could graduate with a MAXIMUM satisfaction. So much good things happened to me during my extended semester.

Owh, congratulations to all my housemates. Heard that all of you scored great last semester. Congratulations to my fiance as well. I'm so proud of you. Hmmm... I just knew about the UTPians' tradition who bought the exam papers. Rupa2nya ramai kawan2 batch saya yang beli soalan utk exam. Patutla result tinggi2. Hmmm.. but honestly if I got the offer, I would think twice as well. Haha! But Zakuan rejected it at the 1st place. Proud of you dear...

My parents did ask me "What do you want as a gift?" And I said, "No need, it's my gift for both of you....."

Tazkirah Awal Muharram



Harini 2 Muharram. Tadi saya and mama pegi dengar tazkirah sempena Maal Hijrah nie. Lama sungguh tak dengar tazkirah. Sejuk hati harini, jiwa terasa berisi. I know I always want this type of pengisian jiwa but most of the usrah that I joined during my study time didn't suit my requirement. Saya bukan berusrah kerana politik. Saya bukan berusrah utk menjadi ahli mana-mana persatuan Islam samaada underground atau tidak. Saya bukan berusrah untuk mengejar status wanita alim, etc.

Saya hanya perlukan pengisian rohani. Maybe I sound selfish, but I have my own way utk berdakwah ke jalan Allah nie. My study, my family, etc. All those politic things can't feed me and my family. Unless you are a real politician, then what to say la kan. Dah memang keje berpolitik sana sini. But me, I'm not a politician so why should I mess up my brain with that type of stuff. Sesungguhnya saya sungguh bahagia tak sakit hati dan otak memikirkan ragam politik Malaysia nie. Hehehe....

So back to the tazkirah Maal Hijrah. Saya rasa malu lak, sepatutnya azam baru kite dibuat mengikut tahun Islam tapi most of us sibuk berazam pada 1 Januari pada setiap tahun. Actually saya nih tak pernah hafal kalendar Islam, tue yang saya tergolong dalam golongan yang berazam pada 1 Jan tue. Haha!

Saya pun takmo bersyarah panjang kat sini, just wanna share the essence of the tazkirah. Ustaz tue cakap, marilah kita berhijrah. Kalau rasa kite masih tak cukup ilmu, berhijrahlah. Carilah ilmu. Kalau rasa kite terjatuh dalam lembah maksiat, berhijrahlah. Kembalilah ke pangkal jalan. Kaji di mana kelemahan kita, then berhijrahlah untuk mengatasi kelemahan tue. Hijrah tak perlu drastik. Walaupun hijrah kita cuma sejengkal jari, itu sudah cukup untuk menjanjikan syurga, insyaallah... Ha, okla, cukupla.. nak gi tengok sarkis lak. Eheh!

Saye Yang Gagah Perkasa (bajet)

Harini 1 Muharram. Selamat tahun baru Islam utk semua para muslimin dan muslimat. Harini parents saye cuti. Mama saya tetibe buang tebiat gile shopping harini. Pagi tadi saya jadi driver dia pegi shopping perabot. Dia nak beli set meja makan baru. Lebih kot 10 kedai pegi, sampai ke Pasir Puteh pegi cari perabot then baru jumpe yang berkenan satu.

Pastu mama gi beli 4 jenis pokok bunga. Pastu gi kedai pasu beli 5 bijik pasu. Haa! Nie yang nak cite. 2 dari 5 pasu tu mmg saiz besar. Mama cakap nak amik lain kali 2 pasu tue sebab berat gile nak mampus. Angkat 2 org dgn tuan kedai pun tak larat. Hasben tuan kedai lak keluar so takde lelaki nak tolong angkat.

I said "impossible". Takkanla manufacturer pasu buat pasu yang orang takleh angkat. Saya pun offerla nak try angkat and seme cakap takyahlah. Mama siap cakap "Ma dah angkat kak, 2 orang tak larat. Xpayahla nak try2".

Saye kan degil, saye pegi jugak angkat pasu tu. Elehhh, cam angkat sayur jek. Saye nampak mama and tuan kedai melopong tengok ke-tough-an saye mengangkut pasu2. Lepas tue tuan kedai puji2 cakap saya gagah. Waaahhh!!! Rasa cam nak angkat seme pasu kat situ lepas kene puji. Hahahaha!

Lepas tue mama beli tanah baja 6 guni. Masa nak unload dari kereta ke stor, saya angkat 2 guni sekaligus. Abah tolong angkat tapi dia cakap dia larat 1 guni jek. Lepas tu dia puji lagi cakap saya gagah. Waaahhhh!! Kali nie saye rase nak angkut kereta kancil tu jek depan abah. Pantang btol orang puji gagah nie. Terus rasa cam Sazali Samad. Hahaha!!!

Pastu terus teringat zaman2 saya tomboy masa sekolah rendah dulu. Dulu orang panggil saya Malek Noor, jaguh bina badan tue. Sebabnya saye sukela angkut2 kerusi meja kelas dengan macho-nya. Lepas tue dulu saya johan gusti lengan dari darjah 1 sampai darjah 6. Xpernah ade orang dapat kalahkan saye sepanjang 6 tahun tue termasukla lelaki. Ganas gile nak mampus. Sian Zak. And now, jadi mekap artist lak. Macam nyah la pulak. Hahahaha!!

Memori UTP : Part 1 (Juniors)

Demmit!!! I miss UTP already. Semalam kemas2 folder gambar dalam hard disk nie, and of courselah byk gambar2 yang bertemakan UTP. Saye start ngemas folder gambar model2 junior yang saya mekap masa kat UTP dulu and I miss them a lot. Intan, Tie, Dayana, Azra, Fara, Yati and Bella, thanks a lot sbb muka commercial korang berjaya menaikkan nama akak slowly. Huhu.. Rindu sgt kat korang....

Teringat kat Dayana yang susah payah masakkan spaghetti untuk saye. Teringat kat Fara yang period pain mase tengah mekap. Teringat kat Yati yang tau sengih jek, senyum tak reti (huhu). Teringat kat Bella yang selalu lepak2 atas katil sambil tengok katalog. And teringat kat Azra yang muke cam Rita Rudaini tue. Masa exam week dulu, teringat dialog kawan2 Azra "Azra, tadi aku nampak kakak ko kat lebri. Tapi dia tak study pun, dia tengok tunang dia study jek" Haha! Memang siot budak2 nih!!

I miss my housemates much more. Intan, Pana, Tie, Maya, Kuin, Yong, Nalai, Shikin, Ros and Nuyu, you are all great gals. I love you forever. Mmmuahs2! Hehe... Owh, thanks to Sabrina yang recall blk nama Nuyu, masa tengah compose entry nie tlupe lak nama dia and Sab yang tolong ingatkan. One unique thing about Sab is, she's the only junior kat UTP tue yang called me as "kakak" instead of "akak" or "Kak Naz" huhu...

And to other juniors pun samalah. Nak credit semua kat sini memang tak habis. Especially to juniors batch Jan'03, thanks a lot for making my life so wonderful. You see, I don't have any sisters at home (as I'm the only girl in my family). So, rase best sangat bile bersama2 korang. I feel so "kakak" and I miss how you call me "akak" dengan manjanya everyday. Sob sob...


Hehe.. takde keje. Nie gambar masa tengah touch up Bella masa sesi model photoshoot last sem. Look at my jari telunjuk. Yang merah tue adalah totally daging bercampur darah beku. Bella model 1st saya after incident saye tercabut kuku. Huhu...


Nie plak gambar tengah pakaikan tudung utk Tie after makeover. Tie nie antara junior yang paling saya sayang. She was my housemate and dia adalah model terawal saya bersama Intan. Makeover nie dibuat masa bulan puasa. Haha! Plan nak letak gambar housemates tapi semua gambar freehair. Eheh!

Edda's Engagement



Yesterday (4 Jan) was my 1st makeup job for the year of 2008. And 1st job untuk Syazwan jugak. This time the engagement ceremony was held in our hometown jek, Besut tercintaaa! Hehe... Semalam pegi mekap anak district officer (DO) Besut, merangkap boss ayahanda saya. Huhu...

It was a very happy day sebab dapat kenakan Syazwan. Well, saya nie nama jek dok Besut tapi tatau byk tempat kat Besut nie and Syazwan selalu berlagak2 dia hebat tau seme jalan kat Besut. Semalam, we went to Edda's house separately and wahahaha Syazwan sesat tak jumpe jalan. Sesat yang kronik sampai adik Edda kene gi amik. Wahaha! Suke2..

Tetamu yang datang semalam mostly kenal my parents. Yerla kate 1 ofis kan. Tapi saya lak yg bermasalah. Saya dah tak recognize much faces. Tatau nak hipokrit cane semalam utk jaga hati. Last2 ngaku jek tak ingat. Hahaha! Nak wat cane, last jumpe masa saya sekolah rendah. Pastu dah start belajar jauh. Pulak tue saya nie memang selalu prob nak ingat orang. There was one guy kat UTP. Kitorang pernah bertembung kat UTP and 2-2 buat muke cam pernah tengok each other. 2 sem saya cuba ingat kat mana saya kenal dia and nie sampai dah grad still xingat. Haihh...

Majlis semalam sgt smooth sbb ade sorg makcik yang sangat tere bercakap and dialah yang jadi organizer utk keseluruhan majlis. So semalam saya enjoy2 jek rest2 makan2 lepas mekap. Hehe.. Overall, sangat enjoylah semalam. Thanks to Edda. Dapat lagi sorang kawan baru. Ukhwah ukhwah... Hehe...

So untuk tengok gambar semalam silalah masuk fotopages saya, tp tue kamera saye sendirilah. Owh, semalam baru dapat CD gambar2 masa Tpot bertunang aritu dari Syazwan and dah update jugak kat my fotopages. Have a visit! Isskk... comparable gila kualiti gambar kamera saya and kamera Syazwan. Tengokla, bile saye dah keje dah kaye nanti, saye beli 8 bijik DSLR!!! Eheh!!


Huhu.. tue gambar Syazwan candid time saye tgh bergosip dgn makcik Tpot. Siot jek Syazwan, nampak saya lak cam kepala gosip kt situ. Hahaha!

Job vs. Jobless

Sedar tak sedar dah nak masuk sebulan saye kat rumah and I do enjoy every tiny moment of it. Ajaib gakla actually. Sepanjang 5 tahun kt UTP, dalam setahun total hari saya berada di rumah adalah maksimum pun 30 hari jer kot. Cuti-cuti pun saya tak balik sbb keje part time. But now, kalau boleh saya takmau keluar rumah pun.

Rutin harian lepas solat subuh (kalau tak tido balik after subuh) ialah buat housekeeping dgn jiwangnya. Yela, buat cpat2 nnt cpatla siap, nnt xdela plak keje. Saya basuh kain, jemur kain, sapu sampah, basuh pinggan, kemas rumah, etc. and last skali cook for lunch. In between keje2 tu, saya akan stop lepak depan comp. Amik order customer, layan soklan2 customer psl mekap, produk, etc., balas2 email, tgk youtube, download series, etc.

Pastu antara aktiviti wajib jugak adalah balas2 sms and call dari customer. Korang mungkin tak percaya, but I love this type of lifestyle. Bila dengar adik2 housemate saya dah start cari kerja sementara tunggu Petronas, I said "Wow rajinnye!" My biggest problem now is, saya takde secebis pon nafsu utk bekerja. Sgt enjoy keje self-employed nie. Plus, now company saya and Zak yang baru setup early 2007 haritu now dah dpt 1st tender dari government. So, banyak je keje kat rumah nie.

Tapi bile memikirkan that I'm getting married this year, I need to do something. I really have to sacrifice this wonderful lifestyle. To be short, I need to find a temporary job as well so that leh dpt fixed income. Saya takkan sampai hati untuk mengatakan begini kepada parents saya "Ma, kenduri kahwin nanti gune duit ma ek? sebab akak tak cukup duit" Owh harap2 mintak jauhlah. I'll try to make sure plg2 kurang pun 70% duit perbelanjaan kahwin is from my own pocket.

Saye dah kurang kepercayaan dengan kekelingan Petronas tue, ntah btul ke tak saya boleh terus masuk keje after keluar result nie. So, baik saya cari temporary job dahulu. Maka saya telah apply online 2 jenis company and within 1 day both company call panggil saya interview. 1 tu company developer kt KL, antara developer terfamous kat Malaysia la. Starting pon dah kasi 2K. Dari segi payment mmg ok, tapi dia keje 6 hari seminggu. Susah sket sbb job utk mekap org byk hari sabtu. Lagipun keje as sale executive, dia ckp kene ade sale target. Isskkk tak suke betul ade bende2 camtu. Buat tension jek pikir capai target ke tak.

1 company lagi kat Ipoh. Interview Isnin nie dah, tgh pikir lagi nak pegi ke tak. This one buat keje admin. Keje 5 hari seminggu, gaji pun ok walaupun kurang sket dari yang company developer tu. Saya sengaja cari jawatan yang non-technical coz I realize that I perform better in admin and management tasks.

Tatau betul ke tak langkah saya apply keje ni. Or should I just wait for Petronas? Result dah dekat nk keluar. Si HR Petronas cakap once dah fax result baru dia bitau status keje saya haritu. Tapi ntahlah, cam dah hilang kepercayaan dengan mulut2 HR Petronas nie. You know what, last semester, I took 3 management subjects. One of them was HRM (human resource management). And the lecturer herself ckp Petronas HR is not very good. Lecturer Corporate Comm. lak cakap Petronas terlalu utamakan external branding berbanding internal. Means dia sibuk nak jaga nama di mata komuniti luar sampai terabai komuniti dalaman sendiri.

Ntahlah, saya bukan desperate nak keje dengan Petronas. Saya tensen sebab saya dah reject 1 offer dulu disebabkan kekelingannya. Ha, aritu mak saya suruh saya pegi keje kat kedai kek yang plg femes kt Besut nie sbb dia tgh cari pekerja. Tapi gaji alahai... RM300 sebulan. Saya boleh buat RM300 tu seminggu je dgn keje sendiri. Tapi tula, kalau ikut bisnes-wise mmg berbaloi. Yela, nak masuk kursus wat roti, kek seme tue dah berapa dah. Nie dapat belajar free2. Tu purpose my mom. Tapi sori yer ma.. mmg nak belajar wat kek roti seme tu ade dlm wishlist saya, tp not now. Tak cukup kaki tangan lagi now. Huhu..

So, my happiness is about to end. Lepas ni dah kene jadi pekerja. Dah kene bekerja dengan orang. Somebody, please tell me that working life is not bad at all. Please...Saya dah start sedih2 dah nie. Haha! So, my target is by February nie I will start working tak kesahlah dengan Petronas ke tak. Time is so precious at the moment....

01/01/08

It's the end of 2007 so goodbye 2007. My life was so colourful throughout the year. It was bright and shining. And it's so sad to leave you 2007. Thanks for everything. You did a lot!

And it's the beginning of 2008 so welcome 2008. And today (01/01/08) is our 4th anniversary. Happy anniversary sayang. This year tak dapat celebrate sesama tapi dah berjaya spent masa bersama weekend haritu. He came to Trg, took me to KL, jalan2 kat KL, shopping2, makan best2, tengok movie Alvin and the Chipmunks kat Ipoh, etc. Those 3 beautiful days meant a lot to me dear. I love you so much sayang... Nanti ade rezeki kite jumpe lagi yer~~~

Tahun baru memang sinonim dengan azam baru. Penat saya pikir ape azam tahun nie. Yang terkeluar kat otak nie just nak diet jek. Haha! So main azam adalah mahu diet. Haritu konon nak diet dah sekali time raya haji terbertukar jadi karnivor maging yang ganas. Everyday makan lembu selang seli dengan ayam.

And 2nd azam cam biasalah, nak improve to be a better person. Better in terms of being a better muslimah, better daughter, better wife-to-be (huhu), better staff kalo dah dpt permanent job nanti, etc.

Saya tak perlukan kehidupan yang maha mewah dan maha moden. Saya tak perlukan fesyen yang Allah tak suka untuk rasa cun. Saya tak perlukan jawatan paling hebat dalam dunia. Saya tak perlukan hiburan yang melalaikan untuk rasa gembira. Apa yang saya mahu hanya berikut:

Saye mahu jadi orang yang sentiasa di bawah lindungan-Nya. Saye mahu hati saya diisi dengan apa jua kebaikan dan kegembiraan. Saya mahu hidup tenang sampai mati. Saya takmahu terlibat dengan perkara2 yang menjejaskan ketenangan minda saya. Saya mahu buat perkara yang saya suka dalam kehidupan saya. Saya mahu dikelilingi dengan kasih sayang. Saya mahu hidup sihat sentiasa.

1st draft utk tarikh kahwin saya adalah 08/08/08 (akad) so majlis 09/08/08. So kepada kawan2 yang nak datang silalah mark kalendar korang yer. Iman wajib datang bertiga (minimum) okay! Haha!

Blog contents © Stories of Heart 2010. Blogger Theme by NymFont.