Tunang : Perlu Ke? Part 2

Saya syukur saya dengar semua cerita buruk tue selepas saya dah selesai bertunang seme. Kalau tak, boleh affect minda jugak before bertunang. Sure terpikir2 jugak and ade kemungkinan rasa takut jugak nak bertunang. Anyway, apa yang berlaku ke atas saya dan tunang saya selepas bertunang adalah seperti berikut:

Perbezaan yang paling ketara adalah, kami rasa semakin tenang. Taktau nak gambarkan camne, tapi tersangat2 tenang.

2nd, alhamdulillah lepas bertunang rezeki tak putus2 masuk.

3rd, banyak urusan di-permudahkan.

4th, ikatan kekeluargaan antara 2-2 belah pihak makin kuat. I even dah start panggil mak zak as "mak" jugak instead of makcik (sbb mak zak yang pakse panggil actually. haha)

Honestly, kami tak pernah pun melalui detik2 sukar seperti yang digembar-gemburkan sebelum nie (betul ke vocab tu?) At least for the time being la and hopefully akan maintain sampai marriage.

And sampai ke hari ini, kami selesa dengan keadaan kami. Saya dah tak kesah kalau ada orang cakap "Jangan tunang lama2" sebab kami tahu keadaan hidup kami sekarang. And jika ditakdirkan kami terlambat kawen dari tarikh yang kami plan, kami redha as long as keadaan kami maintain keadaan camni atau lebih baik. So far, takde force yang memaksa kami utk desperate nak kawen awal. I'm just enjoying the path of life provided to me. Thanks Allah =)

Tapi takdela saya maksudkan saya sengaja taknak kawen awal. Seperti yang selalu saya cakap dalam ceramah2 perdana saya yang lepas, lain orang lain jalan hidup yang Tuhan kasi. Saya tahu kawen tue banyak fadilat, tapi saya rasa lagi banyak fadilat kalau saya pandai atur kehidupan saya so that perkahwinan tue nanti lebih bermakna. I mean, takdela berterabur hidup "terpaksa" handle perkahwinan sedangkan banyak tanggungjawab lain seperti belajar belum setel.

Yang paling mustahak, restu mak ayah saye. Kalau saya jadi mak pun, saya tak berani suka suki lepas anak kawen tanpa persediaan lengkap sbb zaman sangat berubah. And plan saya dengan plan parents saya kebetulan plak sama sebijik (mane tumpahnye kuah kalau tak ke nasik kn?) So we are following the plans.


Kesimpulannya, perubahan selepas bertunang tue tak dapat dilihat secara fizikal, tapi dapat dirasakan secara batin. So nasihat saya, janganlah takut untuk bertunang janji biarlah kena caranya. Yang nie saya akan explain dalam Part 3.

.....to be continued.....

0 comments:

Blog contents © Stories of Heart 2010. Blogger Theme by NymFont.