Kisah Mekap Tunang : Azlinda Haiza

Sehari after mekap Suria, kene gi mekap sorg lagi lak kat Pasir Tumbuh. Nie kawan lama masa kat MRSM Peng. Chepa. Dah nak masuk 7 tahun tak jumpe. Kalo tak sbb mekap nie maybe makin lama kot. Huhu...

Linda ckp majlis start kul 11 or 12 so kul 10am saya dah sampai rumah dia. Sekali tuka plan buat lepas zuhur lak. So, sementara mengisi masa, kenela membuat kerja amal seperti membuat bunga telur dan menyusun barang hantaran. Hmmm.. mak andam yang serba boleh. Haha!

One good thing about this job is, saya boleh tahu banyak jenis perjalanan hidup manusia nie, especially love life diorang. Mana yang baik kita jadikan teladan, mana yang kurang baik tu kite jadikan sempadan. Mcm Linda nie, she is a very religious lady. Cita-cita dia nak kawen dgn ustaz. Dah 2 kali couple dgn ustaz tp takde jodoh. End up kawen dgn Chief Inspector. Huhu.. Betulla jodoh dan pertemuan tue kat tangan Tuhan. Kita hanya mampu merancang tapi Dia yang menentukan.

Satu kisah tragik masa mekap Linda nie, before this Linda ade panggil mak sedara dia yang dah jadi mak andam berbelas2 tahun utk mekap dia tp mak sedara dia cakap dia tak dapat datang sbb kene mekap pengantin hari yg sama. Sekali tetibe dia datang bawak beg bom sekali. Seme orang cam terkedu tapi mak Linda suruh saya yang proceed. And mak andam tue observe saya mekap dari A sampai Z. Pengalamannya yang berbelas2 tahun nak compare dengan saya yang baru beberapa bulan. Tragik sungguh.

Tapi Alhamdulillah semua berjalan lancar. Masa nak menggayakan tudung tue dia ade tolong2 sekali. Yang saya terharu dia ada tanye saya cana nak selit tudung kat belakang. Dia should tahu sebab tue basic rule ikat tudung. Maybe dia nak tahu teknik saya. Okla, means dia respect kerja saya and takdela nak compare2 dengan pengalaman dia yang dah lama tu. Seronok lak dapat bekerjasama dengan mak andam yang tak bossy and soft spoken cam dia. Huhu....

Majlis tunang Linda nie lagi simple dari Suria sebab takde tirai2 ape. Tunang dia pon tak datang sebab terpaksa bertugas di Sabah. Tapi tetamu yang datang lagi ramai. Makan pon banyak jenis lauk jugak. So, ini sahaja. Seperti biasa, silela masuk my fotopages utk tengok gambar. Owh, sehari lepas mekap Linda saya ade mekap sorang lagi lak. Gambar dah upload jugak. Tapi trial makeup je baru. Nnt bile dah tibe waktu majlis tunang saya update lagi.

Sangat penat mekap 3 hari berturut2 sampai cramp bontot saya. Tatau nape cramp kat situ. Bile ngadu kat family saya diorang cakap "Mekap dengan bontot ke?" Haihh ni yang malass nie nak ngadu sakit. Huhu... So sekian dulu. I won't be around maybe for a week. Banyak urusan sket lps nie. Huhu...

0 comments:

Blog contents © Stories of Heart 2010. Blogger Theme by NymFont.