Irfan's 4th Birthday


I just remember that I should blog this moment! Irfan was 4 years old last 5 May 2014. No party, no open house, just a simple celebration among us. Masa tu I was not in a good health, dah hujung2 pregnancy and dah asyik keluar masuk wad due to some complications.



Saya design kek nie masa dalam wad. Tak sempat nak pegi kedai kek pilih design canggih2. Google jer sape yang boleh amek tempahan kek last minute and I just Whatsapp her the design. And pegi amek bila kek dah siap jer. Again, I like quick and easy stuff.

3 tahun sebelum nie, Irfan sangat tak pandai appreciate apa itu erti birthday celebration. Bila buat party, memang niat nak jamu kawan2 makan jela. Irfan akan nangis menggelupur je keje, nak duduk depan kek 15 saat pun susah. Hire fotografer mahal2 pun, banyak gamba nangis dari gamba tak nangis, apatah lagi nak dapat gambar senyum. Sebab tue this year takde plan langsung nak buat party ke ape, sebab dah tak sanggup nak tanggung penat lain selain existing penat nie haa... Tapi apa yang berlaku adalah sangat mengharukan. Please watch the video...




It was one of Irfan's most happiest moment in his life. Kami tak jangka langsung dia akan sehappy tue. Tahan nangis je dalam video tue. Until now kalau tengok balik video tue memang tersenyum sambil menitik air mata. I love u Irfan sayang...

See, Irfan boleh maintain duduk kat kerusi sampai habis event. Nie antara outcome terbesar Irfan lepas intensive therapy kat KL nie. Actually, banyak lagi improvement Irfan tapi biarlah nanti saya update dalam entry khas. And I'm also glad that this video managed to gerakkan hati satu pasangan untuk hantar anak diorang intensive therapy too.

Happy belated birthday Irfan. Mama sayang kamu. Mama akan terus tunggu kamu lebih pulih..

Kisah Maid Yang Panjang

Okeh, mari sambung pasal maid Filipino. Seriously, kami suami isteri sangat tak sabar nak tunggu maid nie sampai. Hope semua akan berjalan lancar. Kami baru lepas completekan semua required documents and harap takde sangkut kat mana2 lah. 

FYI, husband dah resign dari company sekarang and now tengah keje dengan new company sementara tunggu report duty ke Petronas on September nanti. And kami jugak tengah dalam proses cari rumah sewa baru sebab owner nie dah nak jualkan rumah yang kitorang tengah menyewa now. Dah almost finalize rumah sewa mana nak amek, tinggal tunggu nak jumpa owner this Friday jer. Better one. Cheaper, more rooms and lagi dekat untuk hantar Irfan terapi, dapat potong Jalan Kuching yang jam tue and boleh jimat sejam dah kat jalan. 

So you see, kami macam nak restart balik kehidupan kat KL. Banyak bende baru and tak sabar juga nak dapat maid baru. Ade maid memanglah ada penambahan beban dalam hidup, tapi tataula naper sejak pindah KL nie cam bertimpa-timpa plak beban yang bibik nie kasi kitorang.

Dulu masa kat Miri, memang makanan anak2 saya dah sediakan sebelum pegi keje, especially Irfan memang nak kene ada diet khas. Tapi tue Miri. Bangun tido kul 8.30 pagi pun sempat lagi bersiap and sampai ofis kul 9 pagi. Nie kat KL memang saya tak sempat. Kul 6.30 pagi dah kene start bergerak dari rumah untuk sampai ofis kul 9. Balik keje pun sampai rumah dah kul 8 malam. So banyak bende saya terpaksa letakkan harapan pada bibik, tapi sedihnyer laaa takley diharap plak.

Irfan needs GCFC diet. Kene buat brushing protocol. Kene PECS. Kene disiplin amek certain ubat and supplements - homeopathy, CVT, essential oil, Shaklee, etc. Banyak lagi sebenarnya homework untuk Irfan and I'm so sad that I have to ask bibik to help me with those things when we are at the office tapi dia tak dapat nak accomplish mission tue. Basic things pasal jaga anak pun dia tak dapat nak comply, inikan special tasks... Dahlah tahun nie dia mintak naik gaji. Kami pun tatau nape kami naikkan gaji dia padahal takde keje extra pun, lagi mudah adalah sebab rumah sewa kitorg takde banyak perabot macam rumah kat Miri pun. Irfan pun pegi terapi 3 jam sari and Arman pun dah independant banyak bende boleh buat sendiri. 

Dia sangat lose fokus now. Dulu kemain repeat dengan konfiden banyak kali cakap anak akan selalu jadi 1st priority masa kitorang takde, keje rumah comes later. Tapi now dah terbalik walaupun dah banyak kali kitorang remind. Yang paling bengang tue, time buat keje rumah berangan tak hengat. Cuci lantai toilet siap kunci pintu, anak2 tak kesah ape berlaku kat luar. Irfan siap bukak gate pagar lari keluar boleh tak sedar. Sebbek kitorang dok area gated guarded and guards kat sini adalah tahap perfect saya kasi 10 bintang.

It may look ok for other people biarkan anak2 main sendiri camtu. But I know my son. Irfan tue autistic. He can cuddle and attack Arman with no warning. And she knows that too tapi nak tunggu ada yang injured baru nak kalut. I hate that. Dah 2 bulan saya cuti kat rumah nie, sangat terganggu dengar jeritan anak2. Sebelum nie tak tau, sebab balik keje jer tanya dia anak macam mana arini, hari2 dia cakap ok. So we assume everything was ok, sampailah saya ditakdirkan dapat medical leave.

Handphone is always the major culprit. Dari 1st maid lagi. She was so great (except banyak mulut) sepanjang tahun pertama kerja dengan kitorang. Sebabnya masih belum ada henfon. Agent dah rampas sesiap sebab kami memang cakap kami taknak dia ada henfon. Dalam bulan 10 tahun lepas, kami terpaksa kasi dia handphone sebab masa tue saya travel Miri-KL everyweek untuk bawak Irfan terapi. Husband plak memang dah pindah KL. Perumahan kami boleh di consider as perumahan baru, tengah banyak development nak naik, lampu jalan lah, rumah kedai lah, so line telephone asyik terganggu. Kami takut ade emergency pape sepanjang kami kat KL, so kasi lah dia handphone.

Asalnya henfon tue untuk kegunaan emergency dah jadi kegunaan peribadi. Tak rasa bersalah plak tue mintak topap every week. Start situ fokus dia dah lari, sebab dah ada kontek dengan dunia luar. Tiap kali nak mintak topap macam2 alasan - kakak sakit, ayah sakit, anak sakit, mak sedara mati, itu mati, ini mati, etc. Esok2 ntah2 dia cakap "Buk, bibik nak topap sebab esok bibik nak mati" Haha!

Bibik ni sangat sayang suami dia. Homesick selalu keje. So bila dapat henfon lagila. Awal2 datang KL lu asyik cari jalan nak mintak balik jer. And kami tak suka perangai bibik yang kalau dia nak pape memang nak kene dapat. Tak bertolak ansur langsung. Kami balik KL nie banyak gila pakai duit, nak uruskan urusan tukar passport and permit dia saja dah nak dekat 2 ribu, boleh dia mintak advanced seribu nak hantar kat kampung. Kitorang cakap tengah takde duit pun mintak jugak lagi. Memang sakit hati. 

So kejadian anak2 cedera bila 1st time cuba tinggal 3 anak kat dia hanya untuk 30 MINIT was the last straw yang saye boleh tanggung (boleh refer entry lepas). Terus serta merta buat misi cari maid agency. Saya focus pada agency yang supply Filipino maid only. FYI, now dah ada requirement baru, maid Indo and Filipino memang dah kene through agency, dah tak bleh through personal agent macam yang kitorang buat untuk ketiga2 maid kami.

So, this is the 1st time kami pakai khidmat agency untuk dapatkan maid. Hohh!! Memang sangat mudah urusan rupanya. Agency fee untuk Filipino maid nie setakat yang saya survey range dia dari 10-16 ribu. Mine was RM10,500. RM10,300 kalau tak pernah ada maid sebelum nie. Bila dah survey a few agencies, I decided to choose YDS Maid Agency. U know my style, saya sukakan bende yang mudah dan cepat. 

YDS nie semua urusan boleh setel pakai email jer, tak payah pegi sana. Kat website dia memang dah letak biodata maid. Or kita boleh email dia dulu ceritakan semua requirement yang kita nak and dia akan matchkan dengan biodata yang ada. Itu yang saya buat dulu. Email detail cerita kita nak maid macam mana, and list kan a few preference kita jugak untuk agency further interview the maids sanggup tak terima job offer tue. 

Another good thing about YDS, selain dia ltakkan biodata kat website (PDF format), dia taruk video youtube jugak, video agency Malaysia interview maid tue kat agency Phillipines. So boleh lah tengok muka, dengar suara and tengok personaliti dia, berkenan ke tak. Yelah, kalau tengok gambar passport kat resume jer, tak berapa nak yakin kan. Ade gak gambar tak sama pun bila tengok dengan muka kat video. If kita nak further interview the maid, kita boleh ke agency dia kat The Strand Kota Damansara and Skype dengan maid tue. Maid2 kat sana biasanya memang dah ditempatkan kat agency kat Phillipines untuk training. 

And YDS nie hanya akan accept maids yang sanggup keje dengan muslim family. Certain agencies kite kene check, maid tue nak tak keje dengan muslim company. Ade satu agency nie, bila check biodata maid, ramai yang taknak keje dengan muslim sebenarnya. So, kalau yang listed under YDS insyaallah semua akan sanggup.

So nanti kene isi Job Offer form tak silap nama dia. Nanti maid2 kat sana akan baca and decide nak accept ke tak. I've chosen 4 maids, one of them ialah university graduate bidang civil engineering. Hahaha bapak mantap. Tapi tue saya letak last options sebab risaula jugak kan kot bijak sangat nanti berlagak pulak. So, bila dapat feedback, 3 maid reject bila saya listkan pasal Irfan nyer behaviour and main scope dia nak kene sabar dengan behaviour Irfan. Maid engineer tue jer yang reply cakap "I'm very much willing to accept" Nak menitik air mata baca, bila bitau hasben terus kitorang decide nak amek and bayar booking haritu gak.

And YDS nie amek booking RM500 sahaja okay. Dah bayar RM500, tunggu maid sampai baru bayar balance RM10K. And maid boleh sampai dalam masa 20 hari sahaja! Agency lain mostly 2-4 bulan. Tapi disebabkan kitorang apply as 2nd maid application, maybe lama sket max 45 days kata diorang sebab proses imigresen lain sket ke ape ntah. Gaji bulanan diorang RM1200 and 2 syarat utama yang diorang dah sedia maklum ialah no phone and no day off.

So tadi, baru courier immigration documents. Hope sangat2 takde hiccup, sebab kalau boleh nak maid sampai paling lambat pun lepas raya sebab maternity leave saya habis masa raya, so boleh sambung annual leave sket untuk train maid baru nie. Maid pilihan kami nie, selain ade educational background yang bagus, dia ada experience keje jadi housemaid kat Hong Kong 5 tahun and Dhubai 7 tahun. Kat Dhubai tue keje dengan muslim family. Harap sangat dengan experience and education dia tue leh bantu kami besarkan anak2.

And bila kawan2 tahu kami nak amek maid Filipino, ramai plak merisik mintak bibik. Aah, saya memang ada plan nak let go bibik nie, iklankan kat Mudah or Ebay ke, ade lah gak dapat duit wat topap amek maid Filipino. Hahaha! Tapi end up my mom kat kampung yang nak dia. Risau nak kasi kat my mom actually sebab dia baik sangat. Tiap kali datang rumah kitorang, dia layan bibik tu baik sangat tahap tidur sebilik sampai bibik tue dah takde respect sangat kat my mom. Owh btw, sebab dah almost 2 tahun bibik nie dengan kami, dia dah too comfortable, dia macam nak rule seme bende except me. Dia sangat takut dengan saya. Kalau nak mintak pape, dia akan cari hasben dulu. Hahaha!

But since my mom sangat bersungguh nak so kasi jelah for free. Lagipun bukan untuk jaga anak2, so should be ok. She's good with the house chores, tapi saya tak berkenan cara dia handle anak2 especially bila ada special kid. She should put more effort tapi jaga anak nie macam kerja sampingan bagi dia. So babailah bibik. Saya tak boleh hidup tak tenang kat opis pikirkan anak2 di bawah jagaan kamu. Dulu kemain cakap sangat berpengalaman jaga anak, pernah jaga 8 anak saudara serentak. Hmm lapan la sangat, baru kasi 3 orang for 30 minit dah nangis.

Walaubagaimanapun, kami takkan lupakan jasa kamu for the past 20 months.Thanks for that. Kami hargai sangat2. 1st maid tahan 10 bulan, 2nd maid 11 bulan. Kamu yang paling lama. And maafkan kami, kami tidak sebaik malaikat. Kami tak mampu nak simpan mende yang kami dah tak letak harapan. I know that you need this job badly to earn money to build your new house. I know that you want to extend your contract for another year. Tapi semua tue kamu buat hanya untuk dapatkan gaji bulanan sahaja. Hati kamu dah bukan pada kerja and anak2 sangat dah sekarang nie. Kamu hanya pentingkan keperluan kamu sahaja, tak pernah kisah penat lelah kami cari duit untuk menunaikan permintaan kamu. Dulu bila dah berjaya bayar hutang, kamu mintak balik Indon. Now nak kerja balik sebab nak duit buat rumah. Bila rumah dah siap? Kami bukan bank yang nak tolong kasi loan untuk kamu selalu. 

Kami tahu bukan mudah untuk lepaskan kamu. Arman is so attached dengan kamu sebab kamu jaga dia dari baby. And to train a new maid will take time and efforts. Tapi tak apalah, kami memang sangat perlukan pembaharuan hidup. Dan semoga kamu dapat bina hidup baru juga nanti. Sebenarnya, saya mengharapkan kamu jatuh di tangan majikan yang complicated so that kamu belajar erti susah cari duit di perantauan. Hidup kamu terlalu senang kerja dengan kami sampai kamu sangat takut nak balik bercuti di Indon lepas habis kontrak sebab takut kami cari maid lain.

Ok so lepas nie next update pasal maid ialah bila maid Filipino sampai lah kot. Oh Allah, tolonglah percepatkan urusan nie, so that I can train her earlier. Amin...

Susu Kambing Coklat untuk Arman

Ingat tak masa zaman nak survey formula milk untuk Arman, saya sangat obsess dengan susu kambing? Yes, sebab baru tahu khasiat susu kambing and minuman sunnah nabi juga. My friend, Iman pernah introduce susu kambing Higoat pada saya waktu pregnant Airis dulu. Katanya boleh cegah jaundice bila lahir nanti. And alhamdulillah, Airis adalah the only anak yang takde kuning langsung.

So now dah sangat addicted dengan susu kambing. Saya minum almost hari2 sepanjang confinement nie. Campo dengan ESP Shaklee, sangat yummy! Susu kambing Higoat nie ada banyak flavour. Now saya tengah amik yang ada campuran kurma dan madu.

Masa Arman dalam setahun lebih sket, dia suddenly dah taknak minum susu Anmum. Dia suka malt drinks yang macam milo tue. So saya belikan Dugro yang perasa coklat untuk Arman. Dia minum. Pastu datang plak perangai baru, taknak minum dalam botol dah. Nak minum dalam cawan jer.



Mak2 lain kemain struggle nak shift kan anak dari bottle feeding to cup feeding, but Arman did that tanpa disuruh pun. So growing up. Problem utama sekarang ialah susu Dugro coklat untuk umur setahun sangat susah nak dapat. Tak semua kedai runcit ada kat sini. Kene pegi big mall baru ada. Test beli susu formula coklat brand lain dia reject pula.

One day bila saya order susu kambing for myself, tetibe ternampak ada susu kambing coklat jugak under Higoat. Trus order sekotak, testing nak kasi Arman. Harga pun murah, 1 kg baru RM24. Since saya ahli dapat lagi murah. And yesss!!! Arman minum!


So nie lah susu kambing coklat itu. Boleh lah kalau ada sesape nak cuba. Kt header blog nie ada saya letak link if korang nak cuba beli online k.

Arman's Going to School



Dah tiga anak nie, Irfan still yang paling banyak kami kene focus. Normally anak2 sulung bila dah besar, parents dah lega sket, dah bleh focus kat anak2 yang lebih kecik and anak sulung pun dah independant untuk jaga diri sendiri and assist jaga adik beradik. But this will not happen if you have an autistic child.

To-do-list untuk Irfan tak pernah lagi sikit dari Arman dan Airis. Irfan kene buat banyak test and treatment yang masih pending sebab semua pakai duit so kami buat slowly step by step. Nasib baik therapy session dia insurans company cover. Huhu...

Arman dah nak masuk 1 tahun 8 bulan July nie. Alhamdulillah, kehadiran Arman banyak sangat membantu progress Irfan. Arman macam diturunkan untuk bantu abang dia. Arman sangat cepat catchup and sangat senang nak handle. walaupun ada lah masa dia buat perangai jugak. Biasalah, kids...

Masa umur Arman 1 tahun, dah banyak sangat dah akal dia. Dia suka buat lawak and selalu cari modal nak purposely suruh orang gelak. And yang paling banyak gelak kat lawak dia adalah Irfan. Arman ajar Irfan banyak benda termasuk menari, cara bersalam, cara grooming, cara main, etc.

Arman has a lot of potential tapi hidup dia hanya terperap dengan bibik dah nak masuk 2 tahun. Irfan dulu umur 10 bulan saya dah start hantar nursery. Masa saya on medical and maternity leave ni, saya observe lah routine Arman dari tingkat atas. Kesian. Memang bibik biarkan dia buat hal sendiri and fokus buat kerja rumah jer. Bila ada something wrong jer baru dia attend.

So saya kesian tengok dia pusing2 dalam rumah sorang2, menari depan tv sorang2, main sorang2 masa abang Irfan pergi terapi. Agaknya 2 tahun saya tinggal dia dengan bibik camtu je kot rutin harian dia. And dia banyak pick up perangai bibik seperti gaya bercakap panjang lebar and high pitch and term2 indon yang saya pun tak paham. So I think, it's time to send him to school. Biarlah dia pick up bende yang proper sket kat skolah tue. Haha!

Bibik pun dah surrender awal2 kan tak mampu nak jaga 3 anak bila saya start masuk keje nanti. So pencarian skolah untuk Arman amek masa almost sebulan. Sebab tak banyak branch islamic montessori yang nak amek 18 bulan. Kalau ada pun intake dah full kene tunggu tahun depan. End up jumpa branch Brainy Bunch kat KL Sentral yang masih ada free slot.


So bila buat visit dengan husband aritu, both of us macam dah jatuh cinta pandang pertama. Arman pun macam dah sangat suka sampai meronda 1 building and dah start kejar kawan baru. Haha! So insyaallah kalau takde aral melintang, next week dah start nak praktis hantar dia.Kami dah cuba hantar Irfan kat normal nursery since dah banyak sangat improvement Irfan kat KL nie, but he's not ready yet.


So harapan kami supaya Arman dapat adapt cepat and belajar benda baik2 so that dia dapat ajar abang dia balik. Please help mama to help abang Irfan yer Arman. Huhu...


Indon to Filipino

I did it again. Saya adalah seorang makhluk yang tak selesa kalau ada perasaan sakit hati. Saya akan cuba cari jalan untuk eliminate perasaan tak best dalam diri. Biar perkara yang positif2 sahaja yang wujud dalam setiap aliran darah dan sedutan nafas saya. Dah ko kenapa buat ayat novel ni Kunaz???

Ok, remember when I told you yang saya tak konfiden langsung my bibik nie jaga 3 orang anak bila saya masuk kerja? It happened. Dah terbukti 100% dia tak mampu. Suatu pagi, saya ada terdengar Arman menjerit dengan sangat dahsyat. Saya biarkan jer dulu tunggu apa jadi. Ngantuk sebab malam tue Airis asyik bangun banyak kali. So bila Arman dah stop nangis, tak lama lepas tue saya turunlah buat site visit.

OMG. Bibir Arman pecah teruk sampai berdarah2 and bengkak gila. When I asked bibik, dia cakap Irfan yang tolak Arman. Masa dia cakap tue, automatik saya rasa in doubt. Yes, memang Irfan selalu tolak Arman, but this one saya macam tak sedap hati and rasa macam bibik tipu. Takkan sampai seteruk tue. So biarkan je rasa tak sedap hati tue berlalu.

Tengahari pula, saya mahu bersiap mandi pakai baju untuk hantar Irfan terapi. Pass Airis kat bibik tingkat bawah sebab dia belum tidur. Dah setel down seme, saya pun turunlah tangga. A few seconds sebelum saya turun tangga tetibe terdengar Airis and Arman nangis serentak.Suara Airis paling kuat. Rupa-rupanya Airis jatuh dari babycot/playpen. Arman memang selalu suke main tolak2 playpen tue, tapi kot yer tau ada baby kat dalam janganla dibiarkan. Playpen tue terbalik and Airis terlangkup jatuh atas lantai.

Bila turun tangga saya buat2 tanya bibik. Jawabnya Airis jatuh sekali dengan tilam. Paler otak ko kan, jatuh dengan tilam sampai benjol dahi. She didn't notice that I was watching it from the upstair. Ok, disebabkan kejadian tue, saya adalah sangat sakit hati. It's ok if she confess and apologize, coz accident happens sometime. Tapi nie dia tipu. Memang saya sangat marah. Terus saya rasa nak fitnah mungkin Arman accident pagi tadi tue pun dia tipu cakap Irfan tolak.

So, 2 major accidents (for me) in one day. Masa tue Airis belum sebulan, tengah tak aktif ape, dah accident. How do I put my trust??? Disebabkan sangat stress, masa keluar hantar Irfan terapi tu, kami angkut tiga2 anak masuk kete. Masa balik rumah, bibik bitau hasben sambil nangis2 mengaku je dia tak mampu jaga 3 anak kami serentak. That's it. Tak payah saya assume sorang2, dia dah mengaku.

Yes, kontrak dia habis Nov nie patutnya. Macam yang saye cite in the previous entry, bibik mintak sambung setahun lagi sebab suami kat kampung nak pakai duit buat rumah kat tanah yang dah berjaya beli hasil keje dengan kitorang. Tapi permit dia valid till May next year, so if dia nak sambung kontrak pun, the longest we can keep her is up until May next year pastu kami memang tamau sambung dah...

But when this thing happened, ok tak payah tunggu May. Tak payah tunggu Nov pun takpe. Disebabkan sangat emotional, terus engaged a few maid agencies. I focus cari agensi utk Filipino Maid jer. Macam dah sakit jantung bela 3 maid Indon, nak cuba nasib pakai Filipino la plak... Ok dipendekkan cerita, dah bayar booking dah pun. Detail nanti sambung next entry. Airis dah hek hek.. Huhu...


Tutorial Mandikan Bayi (Airis)

Hoh, maternity leave nie keje I dok update blog jek selepas setengah tahun with zero update. Haha! Ok disebabkan pagi nie agak tenang di mana Irfan tengah kat terapi centre, Arman tengah tido and saya bangun awal today sebab Airis bangun menyusu sekali je semalam. Lalu, rajin tetibe nak buat entry bergambar.

Okeh, cara mandikan bayi baru lahir nie subjektif, tiap orang ada cara tersendiri ikut keselesaan and keyakinan handle newborn tue. Kalau search YouTube pun belambak2 orang share. Ingat 1st and last tengok tutorial kat YouTube ialah masa anak 1st iaitu Irfan. Pastu now ikut keselesaan sendiri jer.

Ok disebabkan berpantang sorang2 dengan anak tiga and maid tengah buat perangai, I need the quickest and simplest way to bathe my baby, sebab banyak lagi urusan lain yang menanti. Nasib baik a few days sebelum beranak sempat beli satu bath tub baru nie, masa tue sejenis tue je yang ada kat kedai, pricey sket tapi end up puas hati sangat. Brand My Dear. Boleh beli online di www.mydear.com.my jugak k.


Haa, nie lah baby bath tub yang saye beli. Dia ade kasi tray lagi, mahal kat situ jela kot. Kalo beli besen je kat kedai plastic boleh dapat 20 hengget jer. Hakhak. Tapi bila ada tray tue lagi senang untuk mandikan newborn, sebab dia tak kuat lagi nak sit upright dalam besen mandi tue. So, mari mandi Airis!


Langkah 1: Prepare tempat mandi


Isi air suam dalam bath tub dengan dalam 1 baldi kecik (yang kaler hitam tue, untuk tujuan buat air bilasan)


Langkah 2: Gaul sabun dalam bath tub


Macam tutorial buat biskut plak nak kene gaul2. Haha! Make sure cari sabun mandi baby yang tear free k. And lagi senang kalo cari jenis yang head to toe trus, 1 sabun je leh pakai wat syampu sekali.


Langkah 3: Kejutkan baby bangun tido


Haa fresh bangun tido, masih dengan pyjama lagi. Mohon jangan terkejut la yer dengan saiz baby Airis nie. Memang lahir2 dah saiz tong gas, sebab kuar 4.8 kg. Gambar nie, umur Airis belum cukup sebulan pun lagi nie. Huhu...

Tips, biasa baby akan lapar lepas mandi. So ready la susu sesiap lepas mandi, tapi kalo breastfeed memang tadak hal. Tapi tips saye, saye akan breastfeed baby dulu separuh jalan sebelum mandi and sambung lagi lepas mandi. Motif? Tamau dia mengamuk kelaparan time mandi, sakit jiwa nanti. Hahaha!


Langkah 4: Cuci muka baby


Cuci pakai kapas basah yer, celup je kapas dalam air suam yang kite prepare dalam bath tub tadi. Motif? Sebab kita nak limitkan masa dok dalam toilet. Tak elok dok dalam toilet lama2. Haha! Masa cuci muka nie bolehlah kite bonding time dengan baby cerita itu ini. Kalau buat nie dalam bath tub baby tak focus sebab tengah kaget. Haha!

Langkah 5: Mandikan baby


Haa kan saye dah cakap, terus kaget bila masuk bath tub. Hahaha! Ok make sure tangan support kepala and leher baby. Pastu if nak basuh bahagian yang dekat telinga, tutup telinga baby dengan jari kita untuk avoid masuk air. Sebab air tadi dah campur sabun kan, so gosok2 je whole badan baby dengan air sabun tue.


Langkah 6: Bilas badan baby



Time nie baru saya gunakan tray tue. Letak tray dalam bath tub and letak baby atas tray. Mak aihh buat2 cute plak yer Airis. Huhu...


Haa pastu bilas je pakai air suam yang dalam baldi hitam tue. Jangan campur sabun jugak dalam baldi tue. Untuk buat air bilasan jer yer.


Langkah 7: Lap dengan towel


Ok dah siap. Semasa proses nak transferkan baby sebelum dan selepas mandi, sila la berdoa supaya baby tak kencing or berak yer. Macam gambar di atas, lepas mandi, Airis gi berak plak dalam towel tue. Pastu tengoklah, siap jelir lidah lagi. Sopan sangat awak Airis.. So tips lagi, kalau nak selamat, setelkan mandi baby dulu baru mandi diri sendiri. Tak pun pakai jer baju hujan. Hahaha! Owh make sure masa step nie, kipas tutup or speed paling slow. Sebab baby belum tahan sejuk lagi.


Langkah 8: Siapkan baby

Ok final step, masa mekapkan baby - sapu minyak telon, bengkung, bedak, pampers, baju ape bagai seme tue. Pastu bolehlah sambung breastfeed lagi separuh. Lepas tue insyaallah baby akan kenyang perut suka hati. Badan pun dah fresh kan?






Tadaaa dah comel! Sekian. Haha!

My Progress With Shaklee

Saya masih berShaklee, insyaallah akan terus jadi pengguna tegar Shaklee nie selagi mana tubuh nie memerlukan supplement tambahan. Bisnes Shaklee pun masih berjalan walaupun takdelah sehavoc iklan2 Shaklee di Facebook. Huhu...

Alhamdulillah, awal tahun 2014 nie dah dimurahkan rezeki sket dapat naik rank Coordinator and dapat car bonus at the same time. Oklah untuk yang buat bisnes Shaklee nie part time macam saya. Not going to purchase any new cars with the money at the moment, pakai monthly car bonus tue untuk tolong bayar existing car jer. Belum ada keperluan untuk tukar kereta, now dah ada Myvi and Exora dah cukup sangat dah. Thanks bebanyaklah Shaklee sebab bantu kami kurangkan komitmen hutang bulanan. Huhu...

Dalam bisnes Shaklee nie, nasib orang lain2 kan. Kalau dengar pengalaman2 leader2 Shaklee share, memang ada cabaran tersendiri. Ada yang rezeki murah gila dapat business partner yang dah kaya and terus jalan jer bisnes. Itu rezeki masing2. Macam saya, banyak ahli Shaklee di bawah saya ialah bekas customer saya dari seluruh Malaysia. Mostly dari golongan yang tak berapa nak mampu. Ada yang beli vitamin mintak bayar ansuran.

Bila saya mula switch dari jadi pengguna ke nak buat bisnes, saya ada niat nak tolong orang dengan bisnes Shaklee. So, mungkin Tuhan nak uji saya, betul ke niat saya tue atau sekadar nak cari untung jer. So Tuhan kirimkan orang2 yang susah untuk deal dengan saya. Saya cuba tolong satu persatu mana yang mampu.

Ada yang kerja kilang, takde modal pun nak buat bisnes, kredit kad pun takde. Ada yang surirumah jer, anak ramai and suami gaji kecik jer. Macam2 lagi, tapi once diorang ada minat nak buat bisnes, saya akan cuba bantu. Alhamdulillah, sekarang ada anak Shaklee saya dah nak jadi senior supervisor dah and monthly income dah lebih RM2K, walaupun bermula dengan zero and takde modal langsung nak start bisnes.

Yang lain2, walaupun belum hit status leader (supervisor ke atas), masing2 puas hati dengan jumlah yang diorang dapat, sebab dapat bonus tue base on banyak mana usaha yang diorang buat. Ada sorang surirumah nie tetibe SMS saya, "Akak, dalam akaun saya masuk RM600. Betul ke kak?" Huhu... mungkin RM600 nampak kecik pada kita yang bekerja makan gaji nie, tapi bagi mereka yang tak keje, dok rumah buat bisnes tanpa modal tetibe dapat RM600 adalah sangat besar. Teringat zaman belajar dulu, tak balik cuti buat kerja part time nak kumpul duit buat kawen. Dapat RM800 je pun sebulan.

Dengan bisnes Shaklee nie, kalau kena cara, boleh dapat lebih dari tue dengan dok rumah jer. Cuma jumlah bonus tue memang sangat berkadar langsung dengan usaha kita. Saya pun income naik turun jugak kadang2 tapi memang padan dengan usaha lah. Jom saya share sket benefit2 join Shaklee nie:

  1. Modal permulaan yang rendah.
  2. Dapat membeli dengan harga ahli. Penjimatan sehingga 35%.
  3. Dapat membeli produk dengan harga yang lebih murah dari harga ahli melalui promosi bulanan Shaklee.
  4. Berpeluang mengumpul point dan menjana pendapatan sampingan hanya dengan penggunaan sendiri. Pengambilan supplement adalah amalan dan investment yang berterusan, jadi anda akan berpeluang menjana pendapatan yang berterusan.
  5. Berpeluang menjana pendapatan sampingan hanya dengan berniaga secara part time.
  6. Tidak perlu mengeluarkan belanja besar untuk menyimpan stok. Shaklee boleh membantu anda membuat dropshipping kepada customer anda.
  7. Tidak diwajibkan maintain point setiap bulan. Point adalah bergantung kepada banyak mana bonus yang anda inginkan. Tiada paksaan.
  8. Tidak diwajibkan menaja downline. Anda cuma perlu banyakkan sharing session untuk menarik lebih banyak ahli untuk menambahkan bonus bulanan anda. Sekali lagi, ia bergantung kepada target bonus yang anda inginkan.
  9. Tidak memerlukan kedai untuk berniaga. Kebanyakan distributor Shaklee membuat bisnes secara online dan perkongsian secara offline sahaja bersama family dan rakan terdekat.
  10. Harga produk yang berpatutan dengan kualiti produk yang hebat. Shaklee telah mencapai score 8.9 per 10 untuk effectiveness rating. Supplement Shaklee adalah semulajadi (bukan sintetik), selamat dan berkesan. Rangkaian produk hebat untuk penggunaan seisi keluarga dari kanak-kanak ke warga emas. Kehebatan Shaklee membuatkan produk ini senang untuk dijual.

Itu adalah antara top 10 faedah menjadi ahli Shaklee. Selain untung runcit, anda berpeluang mendapat 3C bonus dari Shaklee. Apa itu 3C?
  1. Cash bonus - bonus personal dan bonus kepimpinan sekiranya anda mempunyai downline.
  2. Car bonus - berpeluang memiliki kereta idaman pilihan anda.
  3. Convention bonus - berpeluang melancong ke luar dan dalam negara termasuk peluang mengerjakan umrah.

So if sape2 yang terbaca entry nie and minat nak cuba bisnes Shaklee bolehlah contact saya yer. Insyaallah saya akan assist mana yang termampu. I can be contacted at 013-8505778 or ms.kunaz@gmail.com


Bibik, Kindergarten & Rumah

Lama tak update pasal bibik kan? Sedar tak sedar dah nak 2 tahun bibik radio bergerak nie keje dengan kitorang. Bulan 11 nie dah nak habis kontrak dah pun. I forgot to mention in the previous entries, bibik merupakan salah satu penyumbang kepada masalah negara semasa proses kami transfer ke KL. 

Tatau apa masalah, bila pindah KL, dia plak yang lelebih culture shock and di saat kami tengah kalut dengan macam2 perkara, dia tak memudahkan keadaan pun, lagi tambah pening kepala. 1st, rumah kami di Miri memanglah dah lengkap semua benda, bilik dia pun siap perabot and aircond. Bila pindah rumah sewa nie, seme bende dah downgrade. Nampak dia sangat tak selesa di rumah sewa. Ape kes ntah, kitorang yang majikan ni redha je, dia plak nak uncomfortable lebih2.

Mungkin salah satu faktor ialah layout rumah sewa nie. Kalau kat Miri semua section ade partition yang berdinding and berpintu. Kat rumah sewa nie open space dari ruang tamu sampai ke dapur. So dia buat apa2 je kitorang boleh nampak terus dari ruang tamu. Maybe kat situ dah start rasa tak selesa. But please, ko maid kot... Redha jelah, kate nak datang cari rezeki kan...

My maid tu 1st time keje kat Malaysia. Cari keje sebab suami dia berhutang anak dia eksiden patah kaki. So dia datang keje untuk bayar hutang. Dalam hujung tahun lepas hutang dia seme dah habis bayar. Masa tue terus nampak performance keje dah turun. Bila datang KL, dia cakap dia sakit tangan, tangan yang pernah patah masa eksiden sekali dengan anak dia dulu. Dia mintak balik Indon nak berurut.

Hello! Kat Malaysia ni ade bape ribu tukang urut. Tak perlu ngengada balik Indon. Dalam kontrak dah agree takley balik selagi tak abih tenure 2 tahun kontrak. So kitorang panggil la tukang urut datang rumah. Sampai 3-4 tukang urut kitorang panggil, seme dia cakap tak ngam. Dia cakap kene balik Indon gak urut dengan tukang urut kat sana. Nampak tak perangai dia tu?

Pastu keje memang makin teruk. Makin banyak termenung. Makin kerap mintak topap. Kitorang memang decide dah lepas habis kontrak dia bulan Nov nie, balik lah kamu forever. Kami cari orang lain pula. 

Pastu bila dah a few months dia kat KL, tetibe dia diketemukan dengan ramai maid2 malang kat kawasan perumahan nie. Sebab nie kawasan perumahan yang majoriti Cina and India, maid plak ramai Islam, so banyakla kes teraniaya. So bibik nie tetibe terinsaf sendiri. Baguslah, tak perlulah kitorang remind banyak kali yang hidup dia sangat terjaga keje dgn kitorang. 

Duit gaji bibik tue keluarga dia dah boleh beli tanah dah kat Indon. Mudah je hidup bibik kami, keje asek mintak advanced je hantar kat family, pastu potong gaji. Kami yang struggle cari duit, so tolong la appreciate. Suatu hari suami dia cakap nak buat rumah plak kat tanah yang diorang beli. So bila diorang buat calculation, diorang memerlukan duit certain amount nie. That amount equivalent to bibik kene keje dengan kitorang lagi setahun lepas habis kontrak. So aritu, bibik datang ala2 merayu mintak sambung kontrak lagi setahun. We were like, ooo bila perlu duit baru rajin keje. Bile dah takde keperluan, terus buat perangai. Keje untuk dapat gaji bulan jer.

Ada hikmah bila saya medical leave sebulan haritu sebab masa tue dapat monitor cara bibik buat keje. Sakit jantung ok tengok dia handle anak. Dia akan sibukkan diri dia dengan kerja rumah, if dah takde keje pun dia akan cari keje merepek seperti gosok seluar dalam sampai 5 jam, basuh pinggan lambat2 sampai stengah jam untuk 1 pinggan, etc. Janji nampak buat keje. 

Anak2 pulak dia biar je buat hal masing2. Kalau ada keperluan je baru attend seperti bila dah cedera bergaduh or bila nangis kelaparan. Sebulan saya kat rumah, asyik saya yang inform bibik it's time to change the diapers, anak2 dah berak. Kalau tak memang takde initiatives pun nak cek 2-3 jam skali, macam yang pernah saya ajar dia dulu. Padahal dulu dia dah well informed siap repeat sendiri lagi yang anak2 akan jadi 1st priority masa saya gi keje, keje rumah later. 

Betapa dia nak nampak rumah kemas, mainan anak seme dia sorok dalam stor. So anak2 saya cam tatau nak buat apa, dahla dibiarkan camtu je, mainan kene sorok, tue yang jadi gaduh2 tue, takde mende lain boleh buat. And please keep in mind Irfan tue autistic, energy dia sangat luar biasa. Kalau sekali gaduh pukul Arman tue, memang boleh mengucap panjang. Tapi bibik boleh rilek je datang leraikan, cam takde unsur cemas langsung. Nampak sangat dah biasa biarkan and tengok budak2 gaduh.

So, I told my husband, she WILL NEVER afford to handle 3 kids after this. 2 anak pun dah sakit jantung saya tengok. And when my mom came to our house for a few days, saya saja berkurung dalam bilik atas, nk suruh dia tengok sendiri cane bibik handle. Jangan lupa, my mom sangat besfren dengan bibik tapi end up dia pun buat conclusion bibik tak dapat handle 3 anak and keje rumah.

So sekarang kami sangat busy dok cari jalan nak resolve nie. Option yang ada ialah amek 2nd maid, hantar Airis ke babysitter or hantar Arman ke sekolah. Kalau amek maid, memang lepas nie kami nak cuba maid Phillipines plak, sakit jantung dah dengan 3 maid Indon. Tapi salah kami gak, sebab seme amek dengan personal agent. Kalau amek dengan agency, kate orang diorang akan kene training before keje. Kalau personal agent, memang diorang kutip je dari mana2 kampung.

And kawan2 di KLCC nye testimoni utk maid Filipin adalah sangat menjeleskan. Sebab Filipin nye agency akan tapis betul2 maid yang dia nak export ke Malaysia. Kene training sana dulu, and datang Malaysia training lagi. Pastu banyak kolej graduate yang keje jadi maid, terer speaking. Tapi mahallah utk dapatkan diorang. Ejen fee saja dah RM12K, and gaji bulan2 ialah RM1200. Tapi kalau tak menyakitkan hati, saya sanggup!!

Option nak amek 2nd maid belum sesuai buat masa nie. 1 sebab financial lah, pengsan gak nak bayar RM1900 sebulan untuk 2 maid. And bibik ktorang ni pun ade masalah sosial jugak, sure bergaduhnye lah dengan maid baru. Mak mertua saya pun dia boleh cari pasal sebab mengarah dia macam2, inikan maid yang setaraf dengan dia. So biar dulu bibik nie habis kontrak baru amek maid baru. Hoh, bukan senang nak bela manusia kat rumah. LOL!

Kami ada jumpe babysitter yang baik lagi comel kat Gombak yang willing nak jaga Airis. Tapi pikir2 balik, alahai lecehnye pagi2 nak kene hantar Irfan terapi lagi, hantar Airis lagi. Sure kalut. Tapi nie adalah option termurah sebenarnya sebab dia charge RM300 je untuk jaga whole day.

So now dah decide akan hantar Arman ke sekolah. Lagipun dia dah 1 tahun 7 bulan, dah nak masuk 2 tahun. Otak dia sangat pick up banyak bende now, biarlah dia pick up good things at school dari terperap dengan bibik kat rumah. So now dah almost finalize nak hantar dia sekolah mana after dah buat survey berminggu2.

Now, masalah yang tinggal ialah nak cari rumah sewa baru, sebab lepas habis kontrak sewa nie, owner dah suruh keluar sebab dia nak jualkan dah rumah nie. Now tengah pening lagi nak cari rumah kat mana. Sebab Irfan masih dalam terapi. Tatau apa hala tuju Irfan lepas nie. Kalau boleh nak cari rumah yang dekat sekolah tapi tatau lagi Irfan akan sekolah mana nanti. Lepas terapi kene buat assesment dulu boleh masuk sekolah normal ke tak. If tak, kene masuk special school. So beli rumah macam tak boleh consider lagi now, kene menyewa jela dulu nampaknya. Huhu...

Ok good luck Kunaz, semoga dapat menyelesaikan semua masalah rumahtangga sepanjang maternity leave nie. Huhu...

I Love Dr Suhaiza

Isnin lepas pegi Gleneagles buat postnatal checkup. Kedatangan saya disambut dengan 1 soklan yang sama dari different staff "Tak bawak baby ke?" Huhu... Isnin tue Irfan nye offday terapi. So bila nak kuar gi spital, kalut dia nak ikut so terpaksala bawak Irfan instead of Airis.

Dr Suhaiza plak ceria cam biasa. She asked about the baby too. "Alaaa sampai hati you Engku tak bawak baby, I nak tengok besar mana dah dia now" Haha! And dia mintak nak tengok gambar Airis "Ada tak simpan gambar baby dalam handphone" And when I showed her the pic, Dr Suhaiza was so excited tahap kiss2 skrin henfon and showed the pic to her staff. LOL! Her personal touch with the patient adalah sangat best. See, sebab tue la sanggup tunggu dia balik dari Johor instead of ganti gynae lain. Huhu...

Pastu Dr Suhaiza check jahitan operate. Katenye cantik, pandai saya jaga katanya. Hihi... Kesimpulannya semua okay alhamdulillah. Dr Suhaiza said I'm her best patient this year and she's gonna miss me (hope bukan manis mulut jelah haha!) Sebab katenye, selama berbelas2 tahun dia jadi gynae, saya sorang je masa masuk bilik operate tanya dia soalan "Doctor nervous tak?" Hahaha. Saye pun tatau nape otomatik tanya soklan tue. Yelah, she was coming back from a family's funeral, takutlah terganggu emosi. Pastu penat lagi travelling, sampai2 KL terus kene operate saya. Kuang kuang...

And we did discuss about family planning method. Kata Dr Suhaiza, untuk yang belum pernah normal labor, dia tak rekemen sangat IUD walaupun tue la kaedah yang ramai gila suh saya try sampai almost nak consider dah. Katanya, proses pasang IUD untuk yang beranak czer akan menyakitkan sket. Wuuuu ngiluuuu.... So dia suruh saya maintain amek pil Cerazette tu sebab dia pun pakai tue. The only pil with single hormone yang leh tahan sampai 12 jam kalau miss makan.

And di akhir pertemuan, Dr Suhaiza siap keluar dari bilik dia lagi untuk main2 dengan Irfan. Owhh so sweet. So Dr Suhaiza adalah sangat highly recommended buat sesiapa yang nak cari gynae perempuan and muslim. Saya dulu sebenarnya tak berapa kesah doktor lelaki ke perempuan. Tapi lepas tue terdengar satu forum agama kat TV cakap kalaulah suami terpaksa berhutang untuk dapatkan doktor perempuan untuk isteri, maka berhutanglah. Point dia nak cakap betapa kene try cari doktor perempuan dulu. Wallahualam, pernah tahu ade debate pasal nie, tapi tak pernah nak follow in depth. Tapi since dah pindah KL and banyak options, memang insaf lah cari doktor perempuan jer. Kat Miri dulu memang limited.

When will I meet you again doc? Huhu...

Nak Berapa Anak?

Dulu masa awal2 kawen, pernah tanye hasben nak berapa orang anak. Kata husband nak 7. Paler otak la kan kalo sampai 7. Hahaha! So nego2 berjaya buat kesimpulan kami nak 4 anak jer. Irfan and Arman lahir di Miri. Since rumah kami cuma 3-5 minutes away dari opis saya, urusan anak-anak memang saya yang banyak handle. Hantar amek sekolah, balik umah if ade emergency pape, etc. Mostly saya yang buat semua tue. Sebab hasben keje kat town, jauh sket. So dia kuar umah paling awal and balik paling lambat.

Bila Arman lahir, mestilah awal2 kene focus kat newborn. So, Irfan saya serahkan pada hasben untuk handle. Taula kan perangai Irfan dulu macam mana, lepas beranak kalut cari orang jaga sebab family sendiri tak mampu nak jaga and kawal dia. So memang hasben yang banyak handle Irfan. Masa tue baru hasben start rasa susah payah jaga anak autistic.

And bila pindah KL and pregnant serentak, lagi lah Irfan tue hasben yang banyak kene handle. Dia yang paling banyak uruskan bab terapi Irfan. Akhirnya baru hasben mengerti penatnya jadi ibu. Sampai suatu masa dia cakap, kite ada 3 orang anak jela eh? Wahahahahaha! Dari 7 terus turun jadi 3. Tue baru focus jaga sorang. 2 orang lagi masih saya yang banyak handle. Hahaha! Lucu sungguh kamu encik hasben.

3 sounds fair enough, especially for working parents and lebih2 lagi bila dah cukup set ada baby girl and baby boy. So oklah, setakat ni kami decide nak ada 3 anak jer. Tenkiu Airis sebab kuar as baby girl, kalo tak memang mama terpaksa adopt baby girl la sorang sebab tak larat dah nak pregnant and beranak. LOL!

The last prenatal checkup dengan Dr Suhaiza was on 23 May. Masa tue Dr Suhaiza suruh buat decision next week (30 May) samada nak ikat rahim ke tak masa buat planned czer on 6 Jun nanti. Even though dia allow 5 kali czer, tapi start czer ke-4 the risk is getting higher according to her. And I said ok nanti kami balik diskas and bitau keputusan on the next checkup on 30 May.

Tapi on 25 May kene emergency czer plak, tak sempat diskas pon dengan hasben. Masa tengah potong perut tue la Dr Suhaiza tanya nak ikat ke tak. Sakit paler pikir ok. Hahaha! Nasib baik a few days sebelum tue ade borak dengan my mom over the phone, dia advice jangan ikat dulu, kot2 menyesal nanti since masih muda. Muda lagi ke? Hihi... So sebab ingatkan my mom's advice tu, saya decide tak ikat lagi walaupun tataula betul ke tak decision tue. Sebab both dah agree nak 3 je kan, so why not ikat je?

Ha so now mulalah kalut pening nak pikir pasal family planning. Kuang kuang... Implanon dh penah try and tak ngam. Pil cerazette ngam tapi terlupa makan lalu pregnant. Ahh takpe, rumah sewa saya dekat dengan LPPKN. Within maternity leave period nie insyaallah akan singgah sana untuk mintak advice. Lagipun kat sana murah. Orang cakap implanon baru RM400 camtu, saya dulu amek kene RM650.

Maaf kalau ada yang tak suka entry ini. Saya tau isu family planning isu sensitif. Ade yang cakap tak perlu planning sebab macam sekat rezeki Tuhan nak kasi. Tapi kami ada kondisi. Kami ada anak autistik yang perlukan double triple attention and effort. And saya pula dah nyaris kene uterine rupture sebab dah 3 kali czer. And tiap kali pregnant pun ade complication. Memang sangat kene family planning.

Oh Airis sudah nangis wekwek. Baii..

Blog contents © Stories of Heart 2010. Blogger Theme by NymFont.